Kawan-Kawan

Dec 27, 2013

Pencapaian Tahun 2013

Assalamualaikum


Lagi beberapa hari tirai tahun 2013 akan dilabuhkan, dan tirai 2014 akan disingkap(amboi, bahasa puitis,heheh).Adakah azam yang kita buat pada awal tahun dah tercapai atau belum atau hampir tercapai?Apa jua keputusannya, masa akan berlalu.Kepada yang azamnya tercapai,tahniah.Kepada yang belum atau hampir tercapai, boleh perbaiki lagi strategi.Azam biar biarlah realistik.Sempena tahun baru 2014, saya ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga kita beroleh banyak kejayaan.Terima kasih kepada yang sentiasa membaca/mengikuti blog ini.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Dec 10, 2013

Banjir

Assalamualaikum

Minta maaf hampir sebulan tak update blog.Dikesempatan ini saya mengucapkan takziah bagi mangsa yang ditimpa musibah banjir di beberapa negeri.Semoga mereka terus tabah dan sabar menghadapi musibah ini.
Jaga kesihatan dan keselamatan diri.

Nov 15, 2013

Tahniah

Assalamualaikum


Tahniah kepada calon UPSR 2013 yang mendapat keputusan cemerlang,Kepada yang tidak mendapat apa yang ditarget, perbaiki untuk peperiksaan di sekolah menengah nanti.Gagal hari ini bukan tidak boleh diperbaiki.Ubah strategi,fokus dan tetapkan matlamat.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Nov 1, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum,


Salam Jumaat pembaca blog Catatan Al-Irfan.Jom banyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW dan banyakkan berdoa di penghulu segala hari ini.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Oct 28, 2013

Bagaimana Pencapaian Sepanjang Tahun

Assalamualaikum,


Apa khabar pembaca Catatan Al-Irfan.Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.Cuti sekolah pun nak dekat bulan depan.Sudah ada perancangan untuk bawa anak-anak makan angin?.Bagi yang akan menerima menantu(atau lebih mudah nak buat kenduri kahwin)semoga semuanya berjalan lancar.Bulan Oktober dah nak sampai ke penghujungnya, bagaimana dengan pencapaian anda.Bermakna lagi 2 bulan tirai 2013 akan dilabuhkan.Teruskan capai impian apa yang dirancangkan,teruskan berlari sampai ke garisan penamat.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Oct 18, 2013

Seminar Tuisyen

Assalamualaikum,


Salam Jumaat.


Berita baik kepada anda yang ingin mencari kerja sambilan atau pendapatan sampingan.

Master Yus atau Yusnizam Yusoff akan mengadakan seminar untuk anda yang ingin menjadi guru tuisyen atau menambah ilmu mengajar tuisyen.

Beliau juga merupakan penulis bersama buku bertajuk Rahsia Usahawan Tuisyen dan penulis buku Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya.

Dalam seminar ini, beliau akan menerangkan teknik pemasaran yang betul serta teknik mengajar yang menarik.

Untuk keterangan lanjut.jangan segan2 layari >>>>>>>http://bit.ly/klikseminartuisyen





Fikir Positif, Kawal Emosi

Oct 16, 2013

Menjana Pendapatan Dari Internet

Assalamualaikum,


Pembaca sekalian, jom kita kongsikan pengalaman  menjana pendapatan dari internet,samada produk fizikal, digital,affiliate, ebay atau apa saja.Boleh kita kongsi ilmu dan maklumat.Saya sekarang ni sedang belajar sikit2 berkenaan affiliate, dimana ia menjana pendapatan tanpa produk dan modal dengan mempromosikan produk lain.Jom kita kongsikan.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Oct 3, 2013

Tulis Blog

Assalamualaikum,


Diam tak diam dah masuk bulan Oktober.Kepada adik-adik yang mengambil peperiksaan PMR 2013, diucapkan selamat maju jaya.Begitu juga yang ambil SPM yang akan datang.Posting pada kali ni ialah mengenai tulis blog.Senang ke tulis blog ni?Ada yang bertanya just tulis apa yang terlintas di fikiran.Memanglah kalau diikutkan senang tulis blog ni, tetapi kita kena mencari idea untuk menulis.Ayat kena betul,lagi best tulis ayat yang pembaca seronok baca.Saya pun masih belajar lagi mengenai penulisan blog ni, mungkin ada pembaca yang bosan dengan gaya penulisan saya.Insya-Allah saya akan perbaiki lagi mutu penulisan saya.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Sep 27, 2013

Tak Update Blog

Assalamualaikum,


Apa khabar pembaca blog.Dah sebulan saya tak update blog.Saya cuba update blog ini, tetapi bila di type di bahagian posting ini, huruf tak keluar,tergendala seketika kerja-kerja mengupdate.Baru-baru ini, selama 5 hari saya diserang demam panas.Alhamdulillah dah sembuh.Tetapi Rabu lepas saya suspek denggi pula.Dalam 3 hari ini saya berulang ke klinik kesihatan daerah untuk mengambil darah.Alhamdulillah, darah saya stabil.Cuma hari pertama disuspek denggi, saya dimasukkan air sebanyak 2 botol.Saya kena banyak minum air kosong dan jaga kesihatan diri.Itu sahaja  yang saya nak kongsikan pada kesempatan ini.Insya-Allah, nantikan posting akan datang.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Aug 28, 2013

Konsisten Dalam Penulisan

Assalamualaikum,

Dah dekat 2 minggu saya tak update.Minta maaf bagi sesiapa yang sentiasa melawat blog ini.Saya akan lebih konsisten dalam penulisan di blog ini.Teruskan juga melawat blog ni http//www.al-irfanbiz.blogspot.com.Blog tersebut akan terus diupdate.Blog tersebut usahasama saya dengan isteri.Insya-Allah akan diupgrade supaya lebih kelihatan menarik dan segar.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Aug 16, 2013

Terima Kritikan

Assalamualaikum,

Jika kita tau mengkritik,kita juga mesti tenang terima kritikan.Kritikan membina boleh meningkatkan motivasi dalam diri kita,perbaiki kesilapan.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Aug 13, 2013

Kembali Bekerja

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, raya pun dah, cuti pun dah,apa kata kita recharge tenaga untuk kembali bekerja.Jangan rasa longlai bila dah start bekerja.Ingatlah kita ada atanggungjawab yang perlu ditunaikan.Kekalkan momentum.Kepada yang berniaga atau bekerja sendiri, inilah masa nak cari peluang baru,pasaran baru dan strategi baru.Jangan lupa klik http://bit.ly/kliksini2013 dan http://bit.ly/millionaireD


Selamat bekerja dan Selamat Hari Raya


Fikir Positif, Kawal Emosi

Aug 6, 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,


Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada pembaca blog ini.Saya memohon maaf sekiranya ada posting saya yang mengguris hati dan perasaan pembaca.Sekali lagi apa yang saya boleh ingatkan blog ini adalah berdasarkan pengalaman saya, pembacaan dan pemerhatian sekeliling.Saya bukan pakar motivasi ye, sekadar ingin berkongsi kepada pembaca.Hati-hati memandu dan sambutlah Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Perniagaan Internet

Assalamualaikum,

Di internet, banyak perniagaan yang boleh kita ceburi.Yang penting kita kena rajin explore apa yang kita mahukan.Kita mesti biasa dengar bisnes produk digital dan fizikal,dropship,ebay serta affiliate.Pernahkah anda mendengar mengenai hartanah maya atau bahasa mudahnya jual beli domain yang dah sedia established?Domain yang sedia ada dijual oleh pemilik asal kepada pembeli yang berminat.Kemudian pembeli tersebut akan menjadi pemilik domain yang dibeli.Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jangan segan2 untuk klik di sini,http://bit.ly/millionaireD.Belajar dan kutiplah ilmu sebanyak mungkin.Jika kita yakin boleh berjaya, kita memang boleh berjaya.




Fikir Positif, Kawal Emosi

Aug 5, 2013

Bench Mark Setahun

Assalamualaikum,


Diam tak diam, insya-Allah lagi  dua hari kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri.Bagaimana dengan bench mark kita dari Hari Raya tahun lepas hingga ke Hari Raya Tahun ini untuk mendapat lebihan pendapatan untuk belanja raya dan lepas raya.Saya yakin anda mampu mencapainya.Jika tak banyak sikit pun kira alhamdulillah yang penting kita konsisten.Manalah tahu apa yang kita buat secara sambilan akan menjadi sumber pendapatan tetap kita.Ok sampai di sisi dulu posting saya hari ini,insya-Allah nantikan posting seterusnya.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 30, 2013

Berdiam dan Beristighfar

Assalamualaikum,


Berdiam dan beristighfar adalah lebih baik dari kita membalas percakapan orang yang mengutuk kita dan merendahkan kemampuan kita.Kita cuma senyum.Azam dalam hati, kita akan lebih baik dari orang itu.Di tambah dengan bulan Ramadhan ini,kita mesti bersabar.Kita je yang tau kebolehan kita.Sebenarnya mereka tak nampak kelemahan diri sendiri.



Fikir Positif, Kawal Emosi


Jul 28, 2013

Menceburi Bisnes Baru

Assalamualaikum,


Di sini saya ingin mengajak pembaca yang ingin menceburi bisnes baru atau kontraktor yang dah ada binses,sila klik http://bit.ly/kliksini2013.Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan.

Selamat berpuasa.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 25, 2013

Kekalkan Momentum

Assalamualaikum,

Kekalkan momentum kita.Jangan berhenti selagi belum tercapai apa yang kita impikan.

Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 19, 2013

Jika Kita Fikir Boleh Atau Tak Boleh

Assalamualaikum,


Alhamdulillah sudah 10 hari kita berpuasa.Pejam celik pejam celik je kan.Kepada anak-anak yang mula belajar berpuasa, alhamdulillah dan insya-Allah ia permulaan yang baik di mana ia proses pembelajaran dalam meningkat dewasa untuk melakukan amal ibadat.Posting kita pada hari ini ialah saya pernah terbaca kata-kata motivasi dari seorang tokoh perniagaan.Kata-kata tersebut ialah "Jika anda fikir boleh atau tak boleh, sebenarnya anda betul". Kata-kata ini membawa maksud kita saja yang tahu kekuatan dan kelemahan kita.Jika kita boleh buat sesuatu,kita buat, jika tak boleh,kita tak buat.Keluarkan kekuatan yang kita ada, jangan difikirkan kelemahan sahaja, kelak akan melunturkan semangat kita.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 12, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,


Masih belum terlambat saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.Sempena di bulan mulia, saya memohon maaf jika terdapat tulisan saya yang membuatkan pembaca berkecil hati atau tersinggung yang saya tidak sedari.Sesungguhnya kita manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.Memang kita cuba elakkan.Saya menulis berdasarkan kepada pengalaman sendiri, pengalaman orang lain  dan juga dari pembacaan.Di bulan yang mulia ini juga marilah sama-sama kita tingkatkan amalan.Berpuasa dengan penuh keikhlasan, keinsafan dan kesyukuran.Kekalkan momentum,tingkatkan produktiviti.Tiada alasan untuk berjaya.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 4, 2013

Mulakan Dengan Apa Yang Ada

Assalamualaikum,


Bila disebut mengenai bisnes, masalah utama mesti modal.Jika hendak menunggu modal mencukupi,sampai bila-bila pun apa yang dirancang tak menjadi.Apa yang ingin dikongsi kan di sini, mulakan dengan apa yang ada, jangan ditunggu semua nak ada.Anda pernah dengar mengenai dropship?Dropship bermaksud kita menjual barang sebagai orang tengah bagi pembekal(Dropshipper).Tugas kita hanyalah mempromosi barang tersebut.Yang membungkus dan menghantar adalah pihak pembekal(Dropshipper).Bagaimana keuntungan dikira? Saya tunjukkan contohnya:


Study case


Barang X      

                         Harga Pembekal(Dropshipper)                          RM50.00
                         Harga Agen/Dropship                                        RM80.00

                         Keuntungan                                                       RM30.00

Jadi pembeli akhir akan membayar kepada kita RM80.00 dan kita bayar kepada pembekal RM50.00.Untung sebanyak RM30.00 adalah untuk kita.Best tak,itu baru satu jualan, kalau 10,20.Tapi, kita kena tengok market juga.Apa barang yang orang cari.Rajin-rajinkan surf internet untuk cari dropshipper.Ada yang berbayar ada yang tak.Mulakanlah.


Jangan lupa layari blog ini http//www.al-irfanbiz.blogspot.com


Fikir Positif, Kawal Emosi.


Jun 28, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum,


Salam Jumaat pembaca blog sekalian.Adakah target anda sudah tercapai?Jika belum,insya-Allah lagi 6 bulan untuk kita merealisasikan apa yang kita azam pada tahun ini.Jangan fikir masalah yang mendatang,fikirkan cara untuk menyelesaikannya.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jun 25, 2013

Ramadhan Bakal Menjelma

Assalamualaikum,

Insya-Allah lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.Dengan bulan inilah kita tingkatkan amalan.Semasa bulan Rejab dan Syaaban kita disunatkan berpuasa, diteruskan lagi dengan puasa wajib di bulan Ramadhan.Marilah sama-sama kita menghayati dan mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini(Juga nasihat untuk diri sendiri).Dibulan ini jugalah ramai yang mencari pendapatan tambahan dengan berniaga makanan di bazaar Ramadhan serta pakaian,kuih raya untuk kedatangan Syawal.Satau usaha yang murni untuk meningkatkan taraf ekonomi asalkan tidak meninggalkan yang wajib.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Jun 23, 2013

Musim Jerebu

Assalamualaikum,


Sekarang ini dilanda musim jerebu.Ada beberapa tempat yang diisytiharkan darurat.Ada juga yang sekolah diberi cuti.So, jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti di luar buat sementara waktu.Kepada adik-adik yang diberi cuti, gunakan masa sebaik-baiknya.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jun 20, 2013

Idea Tulis Blog

Assalamualaikum,

Kepada pembaca blog ini, jom kita kongsikan bagaimana cara cari idea dan masa untuk tulis blog.Semoga sama-sama kita mendapat manfaat.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jun 7, 2013

Tudung Untuk Koleksi Dan Majlis

Assalamualaikum,

Dah dekat seminggu saya tak update blog.Hari ni lain sikit posting.Jika anda mencari-cari tudung untuk koleksi dan menghadiri majlis, sila layari http//:www.al-irfanbiz.blogspot.com.

Terima kasih.

Jun 2, 2013

Dah Masuk Pertengahan Tahun

Assalamualaikum,


Hari ini dah masuk pertengahan tahun,bagaimana dengan pencapaian yang kita azamkan awal tahun?Semoga diteruskan momentum.


Fikir Positif, Kawal Emosi

May 26, 2013

Idea Bagus

Assalamualaikum,


Ketika saya berhenti makan tengah hari di sebuah kedai kira-kira dua minggu lalu, saya di datangi oleh orang yang menjual minyak wangi.Saya yakin anda juga biasa di datangi oleh penjual macam-macam barang.Apa yang ingin saya saya kongsikan di sini ialah cara dia bawa minyak wangi tersebut secara banyak dengan mengikat (macam meja yang saya tengok)di bahu dia.Dari satu meja ke meja dia pergi.Harga minyak wangi tersebut taklah mahal tapi macam-macam jenis dia bawa.Saya kagum dengan idea dia menjual.Dia menjual dengan bersemangat dan senyum saja.Bukan senang nak senang.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

May 20, 2013

Biarkan

Assalamualaikum

Apa yang saya nak sampaikan kat sini berkenaan dengan pengalaman kerja saya sendiri. Ada rakan sekerja yang suka membahan (istilah suka menyakat yang adakalanya memalukan mangsa sakatan, heheh).Apa yang perlu dibuat ialah  biarkan je, lama2 penatlah dia tu.Kalau kita melayan jugak apa yang orang buat pada kita, bermakna kita juga sama seperti dia.So, buat je kerja kita.


Fikir Positif, Kawal Emosi

May 12, 2013

Hari Ibu

Assalamualaikum,

Apa yang kita tau 12 Mei 2013 setiap tahun adalah Hari Ibu.Berbagai teori mengenai Hari Ibu ini.Apa yang saya nak sampaikan ini bukan mengenai sambutan 1 hari ini, tetapi bagi saya hari ibu adalah hari-hari,hari-harilah kita mengingati ibu kita,mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan.Bertanyakan khabar jika tinggal berasingan.Ibu bukannya mahu hadiah atau apa-apa, cukuplah kita pulang menjenguk dan mengingatinya.Saya pernah mendengar tazkirah di radio yang disampaikan oleh Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, jika ibu menelefon anak kerana rindu sangat pada anak, dan anak tidak tahu hendak bertanyakan khabar, dibimbangi anak itu jadi anak derhaka.Teringat saya satu kisah, seseorang pernah bertanya pada Rasulullah SAW,siapakah yang patut kita taat selepas Allah SWT, jawapan baginda adalah ibu,hingga 3 kali baginda mengulanginya.Nampak, cukup besar peranan ibu.Kepada ibuku, Raziyah Binti Haji Kamarudin,ibu mentua saya, Saripah Binti Sarip, dan ibu kepada anak saya, Siti Mariani Binti Abd Malek,
Selamat Hari Ibu.



Fikir Positif, Kawal Emosi

May 5, 2013

Visitor Blog

Assalamualaikum,

Kepada visitor2 blog saya ini, sila tinggalkan komen anda, boleh kita bertukar-tukar backlink dan berkongsi idea dalam dunia blog ini.


Fikir Positif, Kawal Emosi.


May 2, 2013

Bisnes


Assalamualaikum,


Minggu lepas saya bawa family saya jalan-jalan ke Jusco Seremban.Time tu anak saya pakai sandal yang macam kasut tu(saya x tau nk tulis macam mana,heheh)kakinya melecet,so orang rumah saya beli stokin untuk anak saya.Kami pergi ke salah satu kedai di situ.Apa yang menarik di kedai itu (sori,saya tak ingat nama kedai tu)just jual stokin beraneka warna dan menarik perhatian.Macam-macam gambar ada.Juga dijual seluar dalam kanak-kanak.Apa yang menarik bagi saya, kedai itu tak menjual barang-barang glamor, just jual barang keperluan yang tak semestinya setiap hari orang beli.So, motivasinya di sini, jika hendak berniaga,buat saja apa yang nak diniagakan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.



Apr 28, 2013

Hobi







Assalamualaikum,


Kepada pembaca blog yang mempunyai hobi, boleh share2 hobi kat blog ni.Saya sebelum ini ada hobi mengumpul barang-barang mainan, tak kisah mainan apa, asal teragak je saya beli, tapi biasa harga bawah RM10,hehe dan saya letakkan atas para(tau x apa itu para,hehe) untuk dibuat hiasan.Tetapi, memandangkan  anak saya dah makin membesar dan pandai minta itu ini, barang-barang mainan saya telah bungkuskan dalam beg plastik besar kerana anak saya akan minta diturunkan semua barang mainan tersebut, so lepas dia main siapa yang perlu kemas, saya jugak,heheh..Lepas tu, saya dan isteri just beli mainan untuk anak kami ini sambil tu dapat kumpul semula kalau dia tak nak main lagi,hehehTengok gambar kat atas tu, sejak dia tengok helikopter landing di padang sekolah,dia asyik minta dibelikan helikopter je,heheh Masuk yang tu dah berapa bijik dia ada.Apa motivasinya mengenai hobi ini, kita boleh jadikan hobi ini sebagai perniagaan kita. Mana tahu suatu hari nanti saya berniaga barang-barang mainan.Insya-Allah.


Fikir Positif, Kawal Emosi.





Apr 26, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum,


Apa  khabar pembaca sekalian?Kepada kaum Adam Selamat Menunaikan Solat Jumaat.Hari ini kepada yang dalam mood nak bercuti hujung minggu  dminta siapkan kerja anda dengan sebaiknya,hehehe.Mana yang bekerja lebih masa hari ini, selamat bekerja.Positiflah dalam bekerja lebih masa kerana kita mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga untuk keperluan hidup kita.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 23, 2013

Belajar Pelaburan Hartanah

Assalamualaikum,

Jika pembaca hendak belajar mengenai pelaburan hartanah sila layari blog abangensem.com. Bahasanya memang santai dan mudah difahami, adakalanya kelakar.Anda juga boleh layari blog seorang lagi otai dalam pelaburan hartanah iaitu pie2020.com.Sebelum ini, saya banyak membaca blog pie2020.com, entah macam mana saya terjumpa pula blog abangensem.com,terus saya jadikannya  blog wajib untuk saya ikuti selain pie2020.com.Selain menarik mengenai pelaburan hartanah, blog ini juga diselitkan motivasi kewangan dan motivasi untuk berjaya.Memang kedua-dua otai blogger hartanah ini telah berjaya dalam bidang yang diceburi.Mereka juga menjadi ikon anak-anak muda.

Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 22, 2013

Titik Fokus

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca sekalian.Posting kali ini adalah mengenai titik fokus.Secara mudahnya untuk mengetahui titik fokus ialah cuba kita bayangkan kita berjalan dalam gelap, di hadapan kita ada satu cahaya kecil.Kita akan terus berjalan ke arah cahaya itu untuk mendapatkan tempat yang terang.Kita tidak menoleh kiri kanan kerana kita tidak nampak apa-apa.Cuba kita pratikkan bahawa kita hendak memiliki sesuatu atau mencapai impian kita.Kita tulis atau lukiskan apa yang kita impikan,lepas tu kita letakkan di dinding atau dimana yang senang untuk kita melihatnya.Jika kita sentiasa fokus pada matlamat kita,insya-Allah akan tercapai.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 16, 2013

Tukar Link Blog

Assalamualaikum,


Kepada pembaca yang mempunyai blog, silalah tukar link blog anda dengan saya.Boleh juga kita bertukar2 pendapat dan blog juga boleh dibaca oleh pembaca lain.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 12, 2013

Kad Perubatan Hospital Swasta

Assalamualaikum,


Posting sebelum ini saya tulis mengenai motivasi, kali ini saya tulis mengenai kad perubatan hospital swasta.Saya juga merupakan Perunding Takaful dari MAA Takaful.Untuk pengetahuan bagi yang kurang jelas  mengenai kad perubatan ini, kegunaannya adalah untuk admit  ke hospital swasta yang menjadi panel bagi MAA Takaful.Seperti yang diketahui kos rawatan di hospital swasta adalah mahal tetapi ada cara untuk mengatasi masalah itu.Anda beruntung jika syarikat tempat anda bekerja ada benefit kad perubatan untuk pekerja tetapi cuba fikir semula jika syarikat tiada menyediakan benefit seperti itu. Bagaimana bagi yang bekerja sendiri dan selepas bersara dari syarikat. Ada 46 jenis penyakit yang di cover untuk kegunaan kad perubatan ini.Contoh kad adalah seperti di bawah




Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kad perubatan ini dan inginkan quotation sila hubungi saya di 013- 2490015(Muhamad Farieq).Juga ada produk takaful yang lain untuk keperluan dan kesesuaian anda.


Fikir Positif, Kawal Emosi.



Apr 5, 2013

Berbuallah dengan Anak


Assalamualaikum,


Apa yang saya nak sampaikan ini, juga adalah nasihat untuk diri saya sendiri.Apabila memandikan anak atau memakaikan anak baju ketika berumur 2 ke 3 tahun yang telah mula bercakap,berbuallah dengan anak itu, tak kisahlah apa yang dibualkan, ia juga dapat membantu proses percakapan anak itu.Makin lama makin lancar.Dia akan cepat ikut apa yang kita cakap.Ada anak berjalan dulu baru mula bercakap, ada anak bercakap dulu baru mula berjalan.Ingatlah, ajar anak itu sebut perkataan yang elok, jangan diajar anak sebut perkataan yang tidak elok,.Ajar dia kenal alif, ba, ta dan abc.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Mar 29, 2013

Makan Je, Jangan Komen Apa-Apa

Assalamualaikum,


Apa yang saya tuliskan ini nasihat untuk diri saya sendiri.Jika kita ada pergi ke rumah saudara-mara atau kawan-kawan, of course mereka akan menyediakan makanan untuk meraikan tetamu.Jika ada bahan tak cukup atau rasanya lain macam dalam  makanan  tu atau rasanya tak memenuhi selera kita, asingkan ke tepi, tak perlu kita nak komen apa-apa.Tuan rumah berbesar hati menyediakan makanan, janganlah kita kurangkan mood tuan rumah.Para suami pula, hargai masakan isteri.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Bangkit Dari Tersungkur

Assalamualaikum,


Tiger Wood, satu nama besar dalam sukan golf.Banyak syarikat yang besar dan terkenal menajanya.Pernah bergelar pemain  nombor 1 dunia.Kemewahan yang dikecapinya tidak perlu nak dicakap lagi.Berpisah dengan isteri dan rankingnya jatuh beberapa tahun yang lalu.Sejak dari itu dia berhempas pulas memperbaiki prestasinya.Kini, dia merampas kembali selaku pemain golf nombor 1 dunia.Apa yang hendak diperkatakan di sini,bila tersungkur bukan bermakna tak boleh bangun semula.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 26, 2013

Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum,


Alhamdulillah, hari ini genap usia anak saya Muhammad Irfan Zuhairi yang ke 2 tahun.Begitu pantas masa berjalan.Dulu kecil saja anak ini, sekarang dah 2 tahun.Setiap hari melihat keletahnya. Berlari ke sana sini, panjat kerusi, panjat meja.Tawa dan tangisnya penghibur ayah dan mama(amboi, macam lirik lagu je,heheh).Ayah dan mama doakan anak ayah ini dikurniakan kesihatan yang baik dan jadi anak yang  soleh.Happy Birthday my boy.


Fikir Positif, Kawal Emosi.





Mar 24, 2013

Tolong Komen

Assalamualaikum,


Saya minta kepada pembaca blog ini, jika apa-apa pertanyaan atau cadangan berkenaan blog ini, sila tulis komen anda.Manalah tau ada benda yang kurang berkenaan blog saya ini yang tidak saya sedari dan tuliskan sekali address blog anda (jika ada).Boleh kita bertukar backlink.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 20, 2013

Pandanglah Pada Cermin

Assalamualaikum,

Bila kita bersiap depan cermin, sebelum  itu ucaplah syukur dikurniakan kesihatan yang baik,tubuh badan yang sihat.Renunglah ke dalam mata kita, berkatalah,(tapi jangan kuat-kuat, nanti orang dengar,hehehe)"Aku sebenarnya seorang yang hebat, aku boleh, (berkatalah dengan semangat).Renung masa depan kita, adakah kita mahu masih di tahap biasa pada masa akan datang atau mahu lebih dari luar biasa.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 18, 2013

Kerja Macam Biasa

Assalamualaikum,


Hari ini hari isnin, mungkin ada yang masih dalam mood cuti, bagi yang datang keje,tahniah, kerja macam biasa, jadi lebih luar biasa dan bersemangat.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 13, 2013

Dalam Diri Kita Ada Kuasa

Assalamualaikum,


Saya mendengar dalam youtube oleh Saudara Amin Idris yang sedang memberi motivasi  dalam program televisyen untuk adik-adik yang akan mengambil peperiksaan.Beliau menyatakan dalam diri kita sebenarnya ada kuasa iaitu kuasa tidak berputus asa. Saya tertarik dengan apa yang dikatakannya.Siapa yang tidak kenal siapa Amin Idris boleh pergi website beliau iaitu www.AminIdris.com.Saya pernah membaca buku beliau bertajuk Magnet Diri, Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya.Oleh itu, gunakan kuasa yang ada untuk tidak berputus asa dalam mencapai kejayaan.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 5, 2013

Duduk Bersama Mentua

Assalamualaikum,


Wah,lain tajuk kali ini,hehehe...Siapa pembaca kat blog ini tinggal bersama mentua, angkat tangan,heheheh.Saya yakin ada antara kita yang tinggal bersama mentua selepas mendirikan rumah tangga.Ada sebab bila tinggal bersama mentua.Tak salah  jika duduk tinggal bersama mentua.Mentua sama juga seperti ibu bapa kita.Apa yang ditegur itu kita dengar dan diam je.Ambil yang positif.Ada masa makan, makan bersama,masa solat, berjemaahlah.Alhamdulillah, saya dikurniakan mentua, ipar dan beras  biras yang baik.Boleh berbual dan bertukar pendapat.So, bila ekonomi semakin stabil dan telah mempunyai rumah sendiri,kita(bagi menantu lelaki) akan bawa keluarga duduk berasingan dan bina kehidupan sendiri.Jadikan ini sebagai motivasi untuk bekerja lebih keras untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Mar 3, 2013

Berani Mendaki Puncak, Berani Mencari Kejayaan

Assalamualaikum,

Pada 28 Februari 2013 hingga 2 Mac 2013 saya sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi bersama 2 orang saudara.Aktiviti di sana yang ingin saya cuba ialah menaiki cable car yang saya  tidak expect ketinggiannya namun saya beranikan diri untuk menaikinya.Berpeluh juga saya di dalam cable car  itu,hehehe.1 lagi aktiviti yang mencabar fizikal ialah di Pulau Dayang Bunting di mana  untuk ke Tasik Dayang Bunting perlu mendaki sedikit jalannya serta menuruni tangga yang agak curam.Memang agak meletihkan di tambah pula mendukung anak lelaki saya yang agak aktif, yang tak mahu saya mendukungnya,namun saya kuatkan tekad untuk sampai ke destinasi.Bila kembali semula ke jeti untuk menaiki bot yang siap menunggu, hati rasa puas,hilang rasa letih.Motivasi yang ingin disampaikan di sini ialah kita mesti berani mencapai kejayaan, pendakian itu memang meletihkan tetapi bila sampai ke puncak, kepayahan itu terasa hilang.Sesiapa yang ingin merasai pengalaman seperti yang saya alami, silalah ke Pulau Langkawi,banyak juga tempat lain yang boleh dilawati.Insya-Allah saya juga ingin ke sana lagi.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Feb 26, 2013

Hadiahkan Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum,


Dikesempatan ini, saya ingin memperkenalkan 1 blog untuk anda yang mencari sesuatu untuk dijadikan hadiah atau koleksi.Blog ini blog baru, so jenis barang pun ada 1 saja dulu, insya-Allah akan ditambah.Blog tersebut ialah www.al-irfanbiz.blogspot.com.Silakan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.



Sila Baca Ini Sekejap

Assalamualaikum,


Bagi pembaca blog ini, saya ingin memberitahu bahawa apa yang saya tulis di blog ini adalah berdasarkan dari pengalaman, pemerhatian dan dari pembacaan, maka dengan itu saya terjemahkan ke dalam blog ini untuk dikongsi bersama pembaca.Mana yang baik,jadikan motivasi, mana yang tidak, kita betulkan kesilapan.Diharapkan apa yang ditulis tidak menyinggung mana-mana pihak.(minta dijauhkan).


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Feb 24, 2013

Perniagaan Internet, Belajarlah

Assalamualaikum,


Kita mesti pernah mendengar atau mengetahui ada orang yang menjana pendapatan dari internet.Bagi yang tidak tahu, mungkin senang dapat pendapatan dari internet.Tetapi tahu dan pernahkah anda terfikir, mereka yang berjaya dulu pernah rugi dan belajar dari bawah.Ambil contoh Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Shuth, Gobala Krishnan dan ramai lagi yang top dalam internet.Adakah mereka memang terus berjaya?Mereka juga belajar strategi dalam internet.Beli ebook,hadiri workshop dan seminar serta belajar dengan mentor.Saya juga belajar secara perlahan-lahan untuk memahirkan diri dalam perniagaan internet.Tiada yang mudah dalam mencari kejayaan.Doakan saya berjaya dan anda juga berjaya.Belajarlah dan terus belajar.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Feb 8, 2013

Biar Berpanas, Biar Berhujan

Assalamualaikum,


Dalam mencari kejayaan,biar berpanas,biar berhujan,jerih perih yang dilalui adalah asam garam mencapai impian.Jika tiada semua ini,tidak dapatlah hendak diceritakan pada generasi akan datang.Dalam buku biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan bertajuk Cerita Saya oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, diceritakan pengalaman dua tokoh perniagaan ini yang berbeza pengalaman tetapi mempunyai matlamat yang sama.Pengalaman dalam buku inilah yang dapat dibaca oleh generasi sekarang untuk memangkin semangat dalam mencapai impian.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Feb 5, 2013

Berfikiran Besar

Assalamualaikum,


Saya ada menonton iklan tv dimana peniaga kecil yang mendapat bantuan kewangan untuk membesarkan perniagaan.Ada seorang mak cik tu berhasrat mengembangkan bisnesnya ke seluruh Malaysia dan seterusnya ke seluruh dunia.Beliau berfikiran besar  untuk memperkenalkan produknya.Lihatlah seorang mak cik pun mahu berfikiran besar apatah lagi kita yang masih muda dalam mencari kejayaan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 26, 2013

Belajar Dari Kesilapan

Assalamualaikum,


Sering kita melihat kejayaan orang lain dan menganggap mereka senang mendapat apa diimpikan.Sebenarnya jika di kaji dan diteliti sejarah kejayaan mereka,banyak pengorbanan yang dibuat dan keringat yang tumpah.Mereka tidak ulangi kesilapan dan belajar dari kesilapan.Mengharapkan hasil yang berbeza dengan tindakan yang sama adalah usaha yang sia-sia.Ubahlah strategi.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 22, 2013

Tengok Semula Pencapaian Kita

Assalamualaikum,

Diam tak diam,dah dekat sebulan kita di tahun 2013.Cuba tengok semula pencapaian kita,mungkin terlalu awal untuk diperkatakan,tapi ia boleh jadi dijadikan penanda aras dalam mencapai impian yang kita azamkan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 16, 2013

Demi Sesuap Nasi

Assalamualaikum,

Di surat khabar Harian Metro pada Jumaat lepas, ada ruangan memaparkan pekerja yang tinggal di Melaka tetapi bekerja di Kuala Lumpur.Mereka hari- hari berulang menaiki bas jam 5 pagi dan sampai di rumah dalam 8 ke 9 malam.Saya ingatkan hanya pekerja dari Seremban yang berulang ke Kuala Lumpur seperti pengalaman saya sebelum ini,rupanya ada yang lagi jauh.Mereka sanggup berkorban masa dan tenaga demi mencari rezeki.Hari-hari berulang membuatkan mereka Alah Bisa Tegal Biasa(betulkan saya kalau saya salah peribahasa ini).Lihatlah,demi sesuap nasi,kepayahan di harungi tabah.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 11, 2013

Menangani Karenah Anak

Assalamualaikum,

Posting kali ini mengenai menangani karenah anak.Kepada pembaca yang bergelar ibu bapa pasti berdepan dengan pelbagai karenah.Mungkin kita berasa sakit hati dan marah dengan karenah mereka.Sebelum itu, diingatkan tip ini adalah pendapat peribadi saya. Tip yang mudah untuk bersifat tenang menangani karenah anak ialah istighfar dalam hati, senyum,dan berkatalah dalam hati"sebut nama anak,kamu anak yang baik,sifat kamu bukan macam ini sebenarnya,ayah/mama sayang kamu".Insya-Allah kita berasa tenang.Ciumlah anak ketika dia tidur.Sentuhan kasih sayang akan meresap dalam jiwa anak-anak.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 8, 2013

Teruskan Usaha

Assalamualaikum,


Sudah seminggu  bulan Januari 2013 berlalu,teruskan usaha,jangan bertanggguh mencapai kejayaan.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jan 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum,


Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog ini.

Fikir Positif, Kawal Emosi.