Kawan-Kawan

Mar 29, 2013

Makan Je, Jangan Komen Apa-Apa

Assalamualaikum,


Apa yang saya tuliskan ini nasihat untuk diri saya sendiri.Jika kita ada pergi ke rumah saudara-mara atau kawan-kawan, of course mereka akan menyediakan makanan untuk meraikan tetamu.Jika ada bahan tak cukup atau rasanya lain macam dalam  makanan  tu atau rasanya tak memenuhi selera kita, asingkan ke tepi, tak perlu kita nak komen apa-apa.Tuan rumah berbesar hati menyediakan makanan, janganlah kita kurangkan mood tuan rumah.Para suami pula, hargai masakan isteri.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Bangkit Dari Tersungkur

Assalamualaikum,


Tiger Wood, satu nama besar dalam sukan golf.Banyak syarikat yang besar dan terkenal menajanya.Pernah bergelar pemain  nombor 1 dunia.Kemewahan yang dikecapinya tidak perlu nak dicakap lagi.Berpisah dengan isteri dan rankingnya jatuh beberapa tahun yang lalu.Sejak dari itu dia berhempas pulas memperbaiki prestasinya.Kini, dia merampas kembali selaku pemain golf nombor 1 dunia.Apa yang hendak diperkatakan di sini,bila tersungkur bukan bermakna tak boleh bangun semula.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 26, 2013

Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum,


Alhamdulillah, hari ini genap usia anak saya Muhammad Irfan Zuhairi yang ke 2 tahun.Begitu pantas masa berjalan.Dulu kecil saja anak ini, sekarang dah 2 tahun.Setiap hari melihat keletahnya. Berlari ke sana sini, panjat kerusi, panjat meja.Tawa dan tangisnya penghibur ayah dan mama(amboi, macam lirik lagu je,heheh).Ayah dan mama doakan anak ayah ini dikurniakan kesihatan yang baik dan jadi anak yang  soleh.Happy Birthday my boy.


Fikir Positif, Kawal Emosi.





Mar 24, 2013

Tolong Komen

Assalamualaikum,


Saya minta kepada pembaca blog ini, jika apa-apa pertanyaan atau cadangan berkenaan blog ini, sila tulis komen anda.Manalah tau ada benda yang kurang berkenaan blog saya ini yang tidak saya sedari dan tuliskan sekali address blog anda (jika ada).Boleh kita bertukar backlink.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 20, 2013

Pandanglah Pada Cermin

Assalamualaikum,

Bila kita bersiap depan cermin, sebelum  itu ucaplah syukur dikurniakan kesihatan yang baik,tubuh badan yang sihat.Renunglah ke dalam mata kita, berkatalah,(tapi jangan kuat-kuat, nanti orang dengar,hehehe)"Aku sebenarnya seorang yang hebat, aku boleh, (berkatalah dengan semangat).Renung masa depan kita, adakah kita mahu masih di tahap biasa pada masa akan datang atau mahu lebih dari luar biasa.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 18, 2013

Kerja Macam Biasa

Assalamualaikum,


Hari ini hari isnin, mungkin ada yang masih dalam mood cuti, bagi yang datang keje,tahniah, kerja macam biasa, jadi lebih luar biasa dan bersemangat.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 13, 2013

Dalam Diri Kita Ada Kuasa

Assalamualaikum,


Saya mendengar dalam youtube oleh Saudara Amin Idris yang sedang memberi motivasi  dalam program televisyen untuk adik-adik yang akan mengambil peperiksaan.Beliau menyatakan dalam diri kita sebenarnya ada kuasa iaitu kuasa tidak berputus asa. Saya tertarik dengan apa yang dikatakannya.Siapa yang tidak kenal siapa Amin Idris boleh pergi website beliau iaitu www.AminIdris.com.Saya pernah membaca buku beliau bertajuk Magnet Diri, Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya.Oleh itu, gunakan kuasa yang ada untuk tidak berputus asa dalam mencapai kejayaan.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Mar 5, 2013

Duduk Bersama Mentua

Assalamualaikum,


Wah,lain tajuk kali ini,hehehe...Siapa pembaca kat blog ini tinggal bersama mentua, angkat tangan,heheheh.Saya yakin ada antara kita yang tinggal bersama mentua selepas mendirikan rumah tangga.Ada sebab bila tinggal bersama mentua.Tak salah  jika duduk tinggal bersama mentua.Mentua sama juga seperti ibu bapa kita.Apa yang ditegur itu kita dengar dan diam je.Ambil yang positif.Ada masa makan, makan bersama,masa solat, berjemaahlah.Alhamdulillah, saya dikurniakan mentua, ipar dan beras  biras yang baik.Boleh berbual dan bertukar pendapat.So, bila ekonomi semakin stabil dan telah mempunyai rumah sendiri,kita(bagi menantu lelaki) akan bawa keluarga duduk berasingan dan bina kehidupan sendiri.Jadikan ini sebagai motivasi untuk bekerja lebih keras untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Mar 3, 2013

Berani Mendaki Puncak, Berani Mencari Kejayaan

Assalamualaikum,

Pada 28 Februari 2013 hingga 2 Mac 2013 saya sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi bersama 2 orang saudara.Aktiviti di sana yang ingin saya cuba ialah menaiki cable car yang saya  tidak expect ketinggiannya namun saya beranikan diri untuk menaikinya.Berpeluh juga saya di dalam cable car  itu,hehehe.1 lagi aktiviti yang mencabar fizikal ialah di Pulau Dayang Bunting di mana  untuk ke Tasik Dayang Bunting perlu mendaki sedikit jalannya serta menuruni tangga yang agak curam.Memang agak meletihkan di tambah pula mendukung anak lelaki saya yang agak aktif, yang tak mahu saya mendukungnya,namun saya kuatkan tekad untuk sampai ke destinasi.Bila kembali semula ke jeti untuk menaiki bot yang siap menunggu, hati rasa puas,hilang rasa letih.Motivasi yang ingin disampaikan di sini ialah kita mesti berani mencapai kejayaan, pendakian itu memang meletihkan tetapi bila sampai ke puncak, kepayahan itu terasa hilang.Sesiapa yang ingin merasai pengalaman seperti yang saya alami, silalah ke Pulau Langkawi,banyak juga tempat lain yang boleh dilawati.Insya-Allah saya juga ingin ke sana lagi.



Fikir Positif, Kawal Emosi.