Kawan-Kawan

May 26, 2013

Idea Bagus

Assalamualaikum,


Ketika saya berhenti makan tengah hari di sebuah kedai kira-kira dua minggu lalu, saya di datangi oleh orang yang menjual minyak wangi.Saya yakin anda juga biasa di datangi oleh penjual macam-macam barang.Apa yang ingin saya saya kongsikan di sini ialah cara dia bawa minyak wangi tersebut secara banyak dengan mengikat (macam meja yang saya tengok)di bahu dia.Dari satu meja ke meja dia pergi.Harga minyak wangi tersebut taklah mahal tapi macam-macam jenis dia bawa.Saya kagum dengan idea dia menjual.Dia menjual dengan bersemangat dan senyum saja.Bukan senang nak senang.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

May 20, 2013

Biarkan

Assalamualaikum

Apa yang saya nak sampaikan kat sini berkenaan dengan pengalaman kerja saya sendiri. Ada rakan sekerja yang suka membahan (istilah suka menyakat yang adakalanya memalukan mangsa sakatan, heheh).Apa yang perlu dibuat ialah  biarkan je, lama2 penatlah dia tu.Kalau kita melayan jugak apa yang orang buat pada kita, bermakna kita juga sama seperti dia.So, buat je kerja kita.


Fikir Positif, Kawal Emosi

May 12, 2013

Hari Ibu

Assalamualaikum,

Apa yang kita tau 12 Mei 2013 setiap tahun adalah Hari Ibu.Berbagai teori mengenai Hari Ibu ini.Apa yang saya nak sampaikan ini bukan mengenai sambutan 1 hari ini, tetapi bagi saya hari ibu adalah hari-hari,hari-harilah kita mengingati ibu kita,mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan.Bertanyakan khabar jika tinggal berasingan.Ibu bukannya mahu hadiah atau apa-apa, cukuplah kita pulang menjenguk dan mengingatinya.Saya pernah mendengar tazkirah di radio yang disampaikan oleh Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, jika ibu menelefon anak kerana rindu sangat pada anak, dan anak tidak tahu hendak bertanyakan khabar, dibimbangi anak itu jadi anak derhaka.Teringat saya satu kisah, seseorang pernah bertanya pada Rasulullah SAW,siapakah yang patut kita taat selepas Allah SWT, jawapan baginda adalah ibu,hingga 3 kali baginda mengulanginya.Nampak, cukup besar peranan ibu.Kepada ibuku, Raziyah Binti Haji Kamarudin,ibu mentua saya, Saripah Binti Sarip, dan ibu kepada anak saya, Siti Mariani Binti Abd Malek,
Selamat Hari Ibu.



Fikir Positif, Kawal Emosi

May 5, 2013

Visitor Blog

Assalamualaikum,

Kepada visitor2 blog saya ini, sila tinggalkan komen anda, boleh kita bertukar-tukar backlink dan berkongsi idea dalam dunia blog ini.


Fikir Positif, Kawal Emosi.


May 2, 2013

Bisnes


Assalamualaikum,


Minggu lepas saya bawa family saya jalan-jalan ke Jusco Seremban.Time tu anak saya pakai sandal yang macam kasut tu(saya x tau nk tulis macam mana,heheh)kakinya melecet,so orang rumah saya beli stokin untuk anak saya.Kami pergi ke salah satu kedai di situ.Apa yang menarik di kedai itu (sori,saya tak ingat nama kedai tu)just jual stokin beraneka warna dan menarik perhatian.Macam-macam gambar ada.Juga dijual seluar dalam kanak-kanak.Apa yang menarik bagi saya, kedai itu tak menjual barang-barang glamor, just jual barang keperluan yang tak semestinya setiap hari orang beli.So, motivasinya di sini, jika hendak berniaga,buat saja apa yang nak diniagakan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.