Kawan-Kawan

Jul 7, 2014

4 Sifu

Assalamualaikum



4 orang  speaker berkongsi ilmu mengenai pemasaran internet di Konvensyen Usahawan Muda Selatan 2014.
4  orang speaker tersebut ialah :

Najib Asaddok - Pakar Pemasaran Affiliate & Emel Marketing.
Jamal Sifufbads - Pakar Fesbuk Ads.
Cikgu Hafis Anwar - Pakar Bisnes Tanpa Produk Sendiri..
A Humaizi M Noor - Pakar Buat Bisnes Takaful 100% Online

Yang powernya mereka ni share dalam konvensyen bukan ilmu biasa2 tapi banyak ILMU Advance yang anda boleh ikut dan dapat hasil yang lumayan di internet. Majoriti yang hadir memang berpuashati!

Perkongsian ilmu ini boleh didapati dalam bentuk dvd.Jom cepat rebut peluang ini untuk mempelajari ilmu pamasaran internet ini

 
Jom tengok link ini  >>>>>http://bit.ly/ilmuinternet4sifu






Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 1, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum


Di sini saya ucapkan kepada pembaca blog Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Jun 4, 2014

Pertengahan Tahun 2014

Assalamualaikum

Dah pertengahan tahun 2014, bagaimana dengan matlamat kita.Insya-Allah hujung bulan ini akan tibanya bulan Ramadhan.Saya yakin anda dah capai matlamat.Jika tak penuh pun, sebahagian pun ok.Sebut bulan Ramadhan ni, mesti ada yang akan mencari pendapatan lebih untuk menampung perbelanjaan.Jom, kita kongsi idea nak bisnes apa nanti.


Fikir Positif, Kawal Emosi

May 30, 2014

Bisnes Hamper

Tahukah anda bisnes hamper juga mampu menghasilkan pendapatan lumayan walaupun dibuat secara sambilan?

Hamper bukan sahaja ditempah pada musim perayaan, tetapi ada yang membuat tempahan untuk majlis –majlis, melawat ahli keluarga dan sebagainya.
Setiap tahun apabila tiba musim perayaan, tempahan terhadap hamper sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Berita baik untuk anda yang ingin mencari pendapatan tambahan atau memulakan perniagaan dengan bisnes hamper:-
Jom dapatkan DVD panduan untuk memulakan bisnes hamper di sini>>>http://bit.ly/bisneshamper2014

Mulakan langkah sekarang.

May 26, 2014

Piala Thomas 2014

Assalamualaikum

Syabas kepada pasukan Malaysia yang muncul naib juara pada perlawan akhir Piala Thomas 2014 setelah kemarau untuk ke perlawan akhir sejak tahun 2002.Memang kita mengharapkan pasukan kita ini berjaya mendakap piala ini yang kali terakhir kita menangi pada tahun 1992 di mana waktu itu negara kita menjadi tuan rumah namun belum ada rezeki lagi dan tewas kepada kuasa baharu badminton dunia, Jepun.Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjuang habis-habisan dan memberi tentangan sengit dalam perlawanan ini.

Mar 31, 2014

Usia Genap 3 Tahun



Alhamdulillah, pada 26 Mac 2014 yang lalu genap sudah anak kami yang ke 3 tahun.Ayah dan Mama doakan anak ayah ini jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.Happy Birthday my boy.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Mar 15, 2014

Misteri Kehilangan MH370

Assalamualaikum


Minta maaf dah lebih sebulan tak update blog ini.Baru hari ini dapat update.Apa khabar pembaca blog?

Negara dikejutkan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8 Mac 2014 yang dalam perjalanan dari K.Lumpur ke Beijing.Sehingga kini kehilangan masih misteri.Berbagai spekulasi yang keluar hingga menyinggung perasaan ahli keluarga dan waris kepada penumpang dan anak kapal yang terlibat.Pihak berkuasa telah bertungkus lumus  mencari pesawat yang hilang itu, semoga pencarian ini terus dipermudahkan.Kepada ahli keluarga dan waris kepada penumpang serta anak kapal yang terlibat, semoga terus sabar dan tabah menghadapi musibah ini.Sama-sama kita doakan.


#DoaUntukMH370

Jan 27, 2014

Juara Lagu 28

Assalamualaikum

Wah..tak pernah saya tulis tentang juara lagu.Tahniah kepada Hafiz Juara AF 7 yang terus melakar kejayaan dalam bidang seni.Sejak keluar dari Akademi AF banyak kejayaan yang diraih oleh Hafiz.Kalau tak silap saya ini kali kedua dia jadi juara dalam Anugerah Juara Lagu.Ketika itu dia membawa lagu Awan Nano hasil ciptaan Datuk M.Nasir lirik oleh Budi Hikayat.Kali ini Hafiz membawa lagu Bahagiamu Deritaku hasil ciptaan komposer yang membuat come back LY lirik oleh Baiduri.Memang diakui ramai kekuatan vokal Hafiz dan pernah dinobatkan Vokal Terbaik.Tahniah Hafiz.


Fikir Positif, Kawal Emosi.


Jan 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2014 saya ucapkan kepada pembaca/follower blog ini.Semoga kita perolehi lebih kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi.Jom realisasikan azam yang dibina.Buktikan kita boleh.


Fikir Positif, Kawal Emosi