Kawan-Kawan

Jul 30, 2013

Berdiam dan Beristighfar

Assalamualaikum,


Berdiam dan beristighfar adalah lebih baik dari kita membalas percakapan orang yang mengutuk kita dan merendahkan kemampuan kita.Kita cuma senyum.Azam dalam hati, kita akan lebih baik dari orang itu.Di tambah dengan bulan Ramadhan ini,kita mesti bersabar.Kita je yang tau kebolehan kita.Sebenarnya mereka tak nampak kelemahan diri sendiri.



Fikir Positif, Kawal Emosi


Jul 28, 2013

Menceburi Bisnes Baru

Assalamualaikum,


Di sini saya ingin mengajak pembaca yang ingin menceburi bisnes baru atau kontraktor yang dah ada binses,sila klik http://bit.ly/kliksini2013.Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan.

Selamat berpuasa.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 25, 2013

Kekalkan Momentum

Assalamualaikum,

Kekalkan momentum kita.Jangan berhenti selagi belum tercapai apa yang kita impikan.

Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 19, 2013

Jika Kita Fikir Boleh Atau Tak Boleh

Assalamualaikum,


Alhamdulillah sudah 10 hari kita berpuasa.Pejam celik pejam celik je kan.Kepada anak-anak yang mula belajar berpuasa, alhamdulillah dan insya-Allah ia permulaan yang baik di mana ia proses pembelajaran dalam meningkat dewasa untuk melakukan amal ibadat.Posting kita pada hari ini ialah saya pernah terbaca kata-kata motivasi dari seorang tokoh perniagaan.Kata-kata tersebut ialah "Jika anda fikir boleh atau tak boleh, sebenarnya anda betul". Kata-kata ini membawa maksud kita saja yang tahu kekuatan dan kelemahan kita.Jika kita boleh buat sesuatu,kita buat, jika tak boleh,kita tak buat.Keluarkan kekuatan yang kita ada, jangan difikirkan kelemahan sahaja, kelak akan melunturkan semangat kita.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 12, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,


Masih belum terlambat saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.Sempena di bulan mulia, saya memohon maaf jika terdapat tulisan saya yang membuatkan pembaca berkecil hati atau tersinggung yang saya tidak sedari.Sesungguhnya kita manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.Memang kita cuba elakkan.Saya menulis berdasarkan kepada pengalaman sendiri, pengalaman orang lain  dan juga dari pembacaan.Di bulan yang mulia ini juga marilah sama-sama kita tingkatkan amalan.Berpuasa dengan penuh keikhlasan, keinsafan dan kesyukuran.Kekalkan momentum,tingkatkan produktiviti.Tiada alasan untuk berjaya.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jul 4, 2013

Mulakan Dengan Apa Yang Ada

Assalamualaikum,


Bila disebut mengenai bisnes, masalah utama mesti modal.Jika hendak menunggu modal mencukupi,sampai bila-bila pun apa yang dirancang tak menjadi.Apa yang ingin dikongsi kan di sini, mulakan dengan apa yang ada, jangan ditunggu semua nak ada.Anda pernah dengar mengenai dropship?Dropship bermaksud kita menjual barang sebagai orang tengah bagi pembekal(Dropshipper).Tugas kita hanyalah mempromosi barang tersebut.Yang membungkus dan menghantar adalah pihak pembekal(Dropshipper).Bagaimana keuntungan dikira? Saya tunjukkan contohnya:


Study case


Barang X      

                         Harga Pembekal(Dropshipper)                          RM50.00
                         Harga Agen/Dropship                                        RM80.00

                         Keuntungan                                                       RM30.00

Jadi pembeli akhir akan membayar kepada kita RM80.00 dan kita bayar kepada pembekal RM50.00.Untung sebanyak RM30.00 adalah untuk kita.Best tak,itu baru satu jualan, kalau 10,20.Tapi, kita kena tengok market juga.Apa barang yang orang cari.Rajin-rajinkan surf internet untuk cari dropshipper.Ada yang berbayar ada yang tak.Mulakanlah.


Jangan lupa layari blog ini http//www.al-irfanbiz.blogspot.com


Fikir Positif, Kawal Emosi.