Kawan-Kawan

Feb 26, 2013

Hadiahkan Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum,


Dikesempatan ini, saya ingin memperkenalkan 1 blog untuk anda yang mencari sesuatu untuk dijadikan hadiah atau koleksi.Blog ini blog baru, so jenis barang pun ada 1 saja dulu, insya-Allah akan ditambah.Blog tersebut ialah www.al-irfanbiz.blogspot.com.Silakan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.



Sila Baca Ini Sekejap

Assalamualaikum,


Bagi pembaca blog ini, saya ingin memberitahu bahawa apa yang saya tulis di blog ini adalah berdasarkan dari pengalaman, pemerhatian dan dari pembacaan, maka dengan itu saya terjemahkan ke dalam blog ini untuk dikongsi bersama pembaca.Mana yang baik,jadikan motivasi, mana yang tidak, kita betulkan kesilapan.Diharapkan apa yang ditulis tidak menyinggung mana-mana pihak.(minta dijauhkan).


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Feb 24, 2013

Perniagaan Internet, Belajarlah

Assalamualaikum,


Kita mesti pernah mendengar atau mengetahui ada orang yang menjana pendapatan dari internet.Bagi yang tidak tahu, mungkin senang dapat pendapatan dari internet.Tetapi tahu dan pernahkah anda terfikir, mereka yang berjaya dulu pernah rugi dan belajar dari bawah.Ambil contoh Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Shuth, Gobala Krishnan dan ramai lagi yang top dalam internet.Adakah mereka memang terus berjaya?Mereka juga belajar strategi dalam internet.Beli ebook,hadiri workshop dan seminar serta belajar dengan mentor.Saya juga belajar secara perlahan-lahan untuk memahirkan diri dalam perniagaan internet.Tiada yang mudah dalam mencari kejayaan.Doakan saya berjaya dan anda juga berjaya.Belajarlah dan terus belajar.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Feb 8, 2013

Biar Berpanas, Biar Berhujan

Assalamualaikum,


Dalam mencari kejayaan,biar berpanas,biar berhujan,jerih perih yang dilalui adalah asam garam mencapai impian.Jika tiada semua ini,tidak dapatlah hendak diceritakan pada generasi akan datang.Dalam buku biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan bertajuk Cerita Saya oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, diceritakan pengalaman dua tokoh perniagaan ini yang berbeza pengalaman tetapi mempunyai matlamat yang sama.Pengalaman dalam buku inilah yang dapat dibaca oleh generasi sekarang untuk memangkin semangat dalam mencapai impian.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Feb 5, 2013

Berfikiran Besar

Assalamualaikum,


Saya ada menonton iklan tv dimana peniaga kecil yang mendapat bantuan kewangan untuk membesarkan perniagaan.Ada seorang mak cik tu berhasrat mengembangkan bisnesnya ke seluruh Malaysia dan seterusnya ke seluruh dunia.Beliau berfikiran besar  untuk memperkenalkan produknya.Lihatlah seorang mak cik pun mahu berfikiran besar apatah lagi kita yang masih muda dalam mencari kejayaan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.