Kawan-Kawan

Dec 31, 2012

2012 Ditinggalkan 2013 Akan Menjelma

Assalamualaikum,


Insya-Allah esok tahun baru 2013 akan menjelma.Mana yang berlalu biarkan berlalu,buka buku baru .Yakin diri dan yakin untuk mencapai azam yang ditetapkan.Usah bertangguh dalam mencari kejayaan,jangan ambil peduli kata-kata negatif,orang mentertawakan usaha anda sebenarnya mentertawakan dirinya sendiri.Selamat Tahun Baru.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 28, 2012

Adab Ketika Di Pejabat

Assalamualaikum,


Posting kali ini mengenai etika di pejabat.Sebagai contoh,ketika rakan sepejabat bercakap di telefon,rakan-rakan yang lain hendaklah berdiam sebentar atau elakkan bercakap terlalu kuat ataupun ketawa kuat-kuat,ini boleh menganggu percakapan orang yang sedang bercakap di telefon.Jika orang di pihak luar mendengar situasi berlaku di pejabat,mungkin akan mengundang presepsi yang negatif.Oleh yang demikian,hormati rakan anda dan rakan akan hormati anda.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Dec 25, 2012

Saya Boleh, Saya Hebat, Saya Cemerlang

Assalamualaikum,


Saya teringat masa ada kursus  motivasi di sekolah menengah saya dahulu,teringat penceramah itu menyebut ayat ini untuk memotivasikan pelajar,ayat itu adalah " Saya Boleh, Saya Hebat, Saya Cemerlang".Kepada pelajar yang membaca blog saya ini,ingat ayat-ayat ini ye.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 24, 2012

Azam 2013

Assalamualaikum,


Diam tak diam  tinggal beberapa hari lagi tirai 2012 akan dilabuhkan,dan landskap 2013 akan mengambil alih (amboi,ayat,heheh).Cuba kita renung sejenak adakah azam yang telah dibuat untuk tahun 2012 telah tercapai?Kepada yang telah tercapai tahniah diucapkan,kepada yang tidak tercapai mungkin kena tukar semula strategi.Azam ini kita bawa ke tahun hadapan mengikut strategi yang betul dan Insya-Allah ia akan tercapai.Berusaha,Berdoa, Bertawakal.

Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 18, 2012

Anggap Sebagai Nasihat

Assalamualaikum,


Kita pasti pernah kena marah dan teguran dari ketua jika melakukan kesalahan dalam kerja.Anggap saja apa  yang dikata itu sebagai nasihat,tanamkan dalam hati akan meningkatkan prestai kerja.

Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 17, 2012

Abaikan Kata-Kata Negatif

Assalamualaikum,


Apabila kita mendapat sesuatu yang lebih dari orang lain,akan ada yang memberi kata-kata negatif untuk melemahkan semangat kita,belum apa-apa lagi sudah cakap benda yang susah hendak dilakukan,kita yang berfikiran hebat,abaikan kata-kata itu,orang yang negatif takat tu saja pencapaiannya jika tak mahu berubah.Kita majulah ke hadapan.Orang boleh bercakap apa saja.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 12, 2012

Jihad Bisnes Takaful

Assalamualaikum,


Hari ini saya hendak berkongsi mengenai buku yang saya baca.Kepada agen takaful dalam MAA Takaful pasti kenal dengan penulis buku ini.Beliau yang telah melahirkan buku terbaru bertajuk Jihad Bisnes Takaful,yang merupakan buku kedua tulisan beliau selepas buku Jutawan Alaf Baru.Beliau dikenali Cikgu Raman Md Yasin berkongsi pengalamannya dalam industri Takaful,disamping menyentuh konsep berdakwah dalam berniaga.Pengisian buku ini tidak menyentuh dalam Takaful semata-mata tetapi merangkumi aspek kehidupan dan perniagaan lain.Disertakan juga kata-kata motivasi untuk berjaya.Kepada yang belum mendapatkan buku Jihad Bisnes Takaful ini,sila dapatkan segera.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 11, 2012

Rajin Datang Kerja,Rajin Buat Kerja


Assalamualaikum,


Posting kali ini saya sentuh tentang kerja.Peganglah kata-kata ini,rajin datang kerja,rajin buat kerja,semoga lebih produktif.

Fikir positif, kawal emosi.

Dec 6, 2012

Buktikan Mencapai Impian

Assalamualaikum,


Apa yang saya hendak disampaikan ada di kalangan kita yang menulis impian di atas kertas dan menyimpan di dalam wallet atau tampal di dinding.Kita je yang tau apa yang kita tulis,tetapi apabila ada orang yang telah membaca impian yang kita tulis,so apa lagi,buktikanlah apa yang kita impikan,hehehe.Semoga dipermudahkan kita mencapai impian dengan izin-Nya.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 3, 2012

Motivasi Kewangan

Assalamualaikum,


Ada masa kita sering mengeluh jika gaji yang diperolehi cukup-cukup makan dan hanya cukup bayar hutang.Apa perancangan kita untuk meningkatkan pendapatan sedia ada.Saya ada terbaca satu blog(maaf,saya tidak ingat blog mana)mengatakan untuk meningkatkan motivasi mendapat lebihan kewangan,cuba perhatikan baki simpanan dalam bank,bila kita tengok baki yang tidak memuaskan,maka secara tak langsung akan meningkatkan motivasi kita untuk mencari pendapatan tambahan.Berfikir di luar kotak,selesaikan masalah,tujulah kepada kebebasan kewangan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.



Lepaskan Tekanan

Assalamualaikum,


Hari ini hari ketiga bulan terakhir untuk tahun 2012 sebelum melangkah ke tahun baru 2013.Kepada yang bekerja hari ini terutamanya yang kerja makan gaji,lepaskanlah tekanan sebelum balik ke rumah.Bila keluar dari tempat kerja,tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan.Insya-Allah dada lapang fikiran tenang,bila balik rumah lagi bersemangat.Hal kerja habiskan di tempat kerja,hal rumah selesaikan di rumah.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Nov 27, 2012

Ikon Usahawan(Al-Ikhsan)




Al-Ikhsan, kepada peminat barangan sukan pasti kenal dengan jenama ini.Jenama yang dahulunya  baru bertapak, tetapi kini menjadi satu jenama yang semakin dikenali.Pengasasnya Ali Hassan bin Mohd Hassan membina tapak yang penuh berliku.Beliau yang meminati bisnes sejak kecil mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.Walaupun banyak cerita mengenai beliau dipaparkan dalam blog motivasi,namun saya kagum dengan kejayaannya mempopularkan jenama Al-Ikhsan.Prinsip yang diamalkan untuk berjaya ialah jangan meninggalkan solat lima waktu,jaga ibu bapa sebaik mungkin,tunaikan zakat dan bersedekah serta bantu kepada mereka yang susah.Semoga kejayaan  pengasas Al-Ikhsan ini menjadi inspirasi anak muda untuk berjaya.Insya-Allah posting akan datang saya akan memaparkan ikon usahawan yang lain pula.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Nov 26, 2012

Buat Kerja Lebih Dari Sepatutnya

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca sekalian,semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria serta sentiasa bersemangat.Amboi,saya bertanya khabar pulak,hehehe...ok berbalik pada tajuk posting.Kepada yang bekerja makan gaji,jangan berkira jika membuat kerja lebih dari sepatutnya.Jangan ada rasa dengki jika ada rakan sekerja yang buat kerja kurang dari kita.Bila kita buat kerja lebih dari sepatutnya,bermakna kita komited dengan kerja.Kita juga dapat dapat fokus pada kerja lain pula jika kerja sedia ada sudah siap.


Fikir Positif, Kawal Emosi


Nov 21, 2012

Gagal Hari Ini Tak Semesti Gagal Akan Datang

Assalamualaikum,



Baru-baru ini diumumkan keputusan UPSR 2012,kepada yang mencapai keputusan cemerlang,tahniah diucapkan,kepada yang kurang memuaskan,boleh cuba untuk PMR,begitu juga sesiapa yang ambil PMR yang akan diumumkan nanti.Kepada yang tidak mencapai target yang ditetapkan,perjalanan masih panjang.Tukar strategi dan usaha lebih,jangan menyerah kalah.Tak semestinya kita gagal hari ni,akan datang kita akan gagal juga..Ingat kata-kata seorang pakar motivasi, kita bukan gagal,cuma kejayaan belum tiba.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Nov 20, 2012

Melabur Pada Ilmu

Assalamualaikum,


Saya ada baca buku motivasi dari penulisnya yang menjadi jutawan dalam internet,siapa lagi kalau bukan Dr Irfan Khairi,beliau pernah ditanya,jika ada banyak duit,hendak melabur di mana,jawapan beliau melaburlah pada ilmu.Ya,saya setuju dengan jawapan beliau.Hadirlah  kursus keusahawanan,pelajari ilmu agama dan beli buku-buku yang boleh memberi motivasi.Duit bila dibelanja akan habis,tetapi ilmu bila kita belajar,ia akan bertambah.Duit akan datang kemudian jika kita rajin menuntut ilmu.


Fikir positif, Kawal Emosi.

Nov 18, 2012

Setiap Manusia Ada Kelebihannya

Assalamualaikum,


Posting kali ini saya sentuh mengenai kelebihan manusia.Kita semua dikurniakan akal fikiran yang sempurna.Saya kagum dengan seorang blogger motivasi yang saya jumpa secara blog walking.Beliau merupakan seorang oku tetapi menjadi penceramah motivasi untuk sekolah-sekolah,malah mempunyai perniagaannya sendiri.Beliau tidak menjadi kan kekurangan yang ada malah sentiasa bersemangat menjalani kehidupan seharian,tambahan beliau telah lepas melawat negara orang.Beliau menggunakan kelebihan yang ada untuk berjaya.Jika insan seperti beliau boleh,takkan kita tak boleh.Blog beliau boleh dilawati www.mohdsukuribrahim.blogspot.com.Kepada pembaca blog saya,jika berkesempatan jenguk-jenguklah blog beliau.


Fikir positif, Kawal Emosi.

Nov 16, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum,


Salam Maal Hijrah(lewat sehari untuk update blog), saya ucapkan kepada pembaca blog ini(sekali lagi ada pembaca ke,hehehe).Terus jadi luar biasa untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.Teruskan membaca blog ini.



Fikir positif,kawal emosi.



Nov 8, 2012

Kena Ada Tindakan

Assalamualaikum,

Posting kali ini menyentuh berkenaan tindakan.Saya pasti mesti pembaca blog ini (memang ada pembaca ke,heheh) bersetuju walaupun banyak seminar motivasi,walau beratus buku motivasi di baca untuk mengubah kehidupan dari biasa ke luar biasa jika tiada satu pun tindakan,maka hasilnya tiada.Fikir-fikirkan.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Nov 4, 2012

Cari Alternatif

Assalamualaikum,

Kita mesti ada terbaca di akhbar atau berlaku pada diri kita sendiri di mana duit gaji yang ada tidak cukup untuk perbelanjaan harian.Dapat gaji sahaja perkara utama yang menati adalah sewa rumah atau bayaran bulanan rumah,bil-bil semasa(air,elektrik,internet, telefon)bayaran bulanan kereta,dan keperluan harian.Belum masuk lagi upah mengasuh anak atau nursery.(Betulkan ejaan jika saya salah).Terasa sakit hendak menanti gaji yang akan datang.Kita mungkin terpaksa menangguhkan kehendak kita.Cuba kita berfikir sejenak bahawa ada jalan penyelesaiannya jika kita bijak mencari peluang dalam menambahkan pendapatan.Bacalah buku perancangan kewangan,buat bisnes kecil-kecilan dan lebih mudah dengan teknologi terkini,bisnes melalui internet.Belajar dan pratikkan apa yang diajar.Insya-Allah,rezeki ada jika kita rajin berusaha.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Nov 2, 2012

Buku Motivasi


Assalamualaikum,


Posting kali ni saya sentuh mengenai buku motivasi.Buku motivasi berkisar motivasi pembangunan diri,motivasi keluarga,motivasi kewangan dan banyak lagi.Peruntuklah sedikit wang(jika berkemampuan)untuk membeli buku motivasi bagi meningkatkan motivasi hidup kita atau kunjungi perpustakaan awam,di sana banyak buku motivasi untuk dipilih.

Fikir Positif, Kawal Emosi. 

Oct 15, 2012

Bina Hubungan Baik Dengan Rakan Sekerja



Assalamualaikum,


Kepada yang bekerja tak kira apa jenis industri,binalah hubungan baik dengan rakan sekerja.Jangan mencari kesalahan orang jika diri sendiri pun tidak disedari ada kekurangannya.Elakkan salah faham,jaga tutur kata dan jangan tarik muka antara satu sama lain.Cuba kita fikir semula,jika kita bermasam muka,mana tahu satu hari kita memerlukan pertolongannya.Ciptakan suasana kerja yang seronok dan ceria hatta kita tertekan sekalipun.Jangan ambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan.



Fikir positif, kawal emosi.





Sep 3, 2012

Lepas 3 Kali,Adakah Hendak Berhenti atau Teruskan?

Assalamualaikum,


Mesti ada yang tertanya apa maksud di atas.Sebenarnya,ia berkaitan dengan motivasi untuk berjaya.Lepas solat Subuh pagi tadi,saya tengok tv,kebetulan ada rancangan talk show penyanyi terkenal negara,siapa lagi Datuk Siti Nurhaliza.Tetamu jemputan adalah penerbit filem yang paling aktif menerbitkan filem tempatan,yang juga pemilik Metrowealth Movies Production, David Teo.Beliau berkongsi pengalamannya sebelum berjaya sebagai penerbit filem.Beliau menceritakan bahawa telah 3 kali gagal dalam penerbitan filem ketika pembabitan awalnya dulu,namun beliau berkata pada dirinya sendiri,samada mahu berhenti atau teruskan.Keputusan diambil di mana beliau tetap teruskan perjalanannya dan hasilnya seperti yang kita lihat sekarang.Beliau juga berkata jika beliau berhenti selepas 3 kali percubaan,beliau tidak akan berada di tahap sekarang.Pengajaran yang dapat di ambil dari pengalaman David Teo ialah cuba dan terus mencuba sehingga apa yang diimpikan tercapai.Jangan berputus asa.Genggam bara api sehingga sampai jadi arang.



Fikir Positif, Kawal Emosi.


 

Aug 23, 2012

Kembali Bekerja

Assalamualaikum,


Masuk  hari ini sudah masuk hari keempat kita beraya.Sesiapa yang masih bercuti,teruskan bercuti.Sesiapa yang dah start bekerja,selamat kembali bekerja.Tahniah kerana kembali bekerja setelah bercuti raya.Kepada yang baru hendak bercuti,selamat bercuti.Tahniah juga kepada anda,walaupun tak dapat cuti raya,anda tetap bekerja demi memikul amanah yang diberikan.Sesungguhnya kita beruntung dapat  beraya,dapat menyediakan keperluan hari raya.Nak dibandingkan  ada yang tak dapat beraya dengan sempurna.Bersyukurlah.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Aug 17, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,


Diam tak diam dah genap sebulan kita berpuasa.Insya-Allah esok kita akan menyambut hari kemenangan,Hari Raya Aidilfitri tahun 2012M.Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini dan umat Islam amnya.Saya juga memohon maaf sekiranya saya lambat update mengenai posting baru untuk blog ini.Insya-Allah lepas ni saya akan mengupdate dengan lebih konsisten.Kepada yang pulang beraya,hati-hati di jalan raya.


Fikir Positif, Kawal Emosi.


Jul 25, 2012

Ada Lebih Baik

Assalamualaikum,

Entry kali ini saya sentuh mengenai ada lebih baik.Jeng...Jeng...Jeng...Kita merancang hendak memiliki sesuatu yang kita inginkan tetapi belum ada rezeki untuk memilikinya.Ada masa kita mengeluh kerana tak dapat apa yang kita inginkan.Cuba kita fikir secara positif,yang sebenarnya kita bukan tidak memilikinya tetapi Allah telah menetapkan yang lebih baik untuk kita.Usahalah dengan tekun,hasilnya pun lebih baik.


Selamat berpuasa.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jul 22, 2012

Ramadan Al-Mubarak

Ramadan datang lagi.Alhamdulillah, kita masih diberi nafas untuk sama-sama menunaikan rukun Islam yang ketiga.Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan di bulan yang penuh barakah ini.Di kesempatan ini juga saya ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog ini (ada pembaca ke blog ni,hehehhe) yang beragama Islam.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Apr 23, 2012

Momentum

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update blog ni,banyak perkara kena buat dan nak settlekan,so lepaskan ni saya kena kekalkan momentum untuk sentiasa update blog ni.Insya-Allah, lepas ni content dalam blog ini lebih menarik.

Fikir Positif, Kawal Emosi

Feb 9, 2012

Suka Bertangguh?

Saya dan anda pembaca sekalian mempunyai pekerjaan masing-masing.Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah mengenai sikap suka bertangguh dalam sesuatu perkara.Cara untuk mengelakkan sikap suka bertangguh,ingat semula apa matlamat kita.Di samping itu  juga,tetapkan mindset "tak sabar nak buat perkara hebat hari ni".So,lakukan segera.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jan 31, 2012

Rasa takde mood nak pegi keje?

Dah sebulan kita berada di tahun baru 2012.Cepat betul masa berlalu.Entry kali ini saya sentuh mengenai rasa takde mood nak pegi keje.Apa perlu buat?Bila time nak tido malam,kita katakan "tak sabar nak pergi keje esok" dan bila dah bangun pagi tu,seperti entry saya sebelum ni,sebut "aku hebat hari ni".Setkan dalam minda bahawa kita ada amanah yang perlu ditunaikan,kita ada kerja yang mesti dilakukan.Bagi ketua keluarga,kita mencari rezeki untuk keluarga,so kita mesti bekerja.Orang yang bekerja sendiri pun begitu jugak.Nantikan entry saya akan datang.

Fikir Positif, Kawal Minda

Jan 17, 2012

Apa matlamat kita?

Kita semua tahu hidup ni mesti ada matlamat.Ada matlmat jangka panjang ada matlamat jangka pendek.Apa matlamat yang hendak dicapai.Untuk mencapai matlamat tetapkan secara spesifik macam 5 tahun,10 tahun atau 20 tahun.Letak sekali tarikh deadline.Bila dah ada deadline mudah bagi kita susun strategi untuk mencapainya.Tak guna ada matlamat tapi takde tindakan.So,bertindaklah.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 6, 2012

Apakah Kekuatan Kita?

Entry kali ni mengenai apa kekuatan kita.Bagi yang bekerja sebagai Agen Pemasaran(Takaful, Saham Amanah, MLM atau berkaitan)apa kekuatan kita?Saya yakin setiap dari  agen ada kekuatan tersendiri.Berani, Yakin, Berfikir Positif dalam menjalankan menjalankan tanggungjawab.Penyanyi, mempunyai bakat dalam seni suara dan berkeyakinan menghadapi oraang ramai.Setiap dari kita mempunyai kekuatan tersendiri.Kajilah semula apa kekuatan kita. Tetapi jangan lupa,berserahlah pada Allah swt selepas kita berusaha.


Fikir Positif, Kawal Minda

Jan 2, 2012

Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru

Alhamdulillah, kita melangkah lagi ke tahun baru,bermakna umur kita pun meningkat lagi.Tahun  baru seperti yang kita maklum kita akan menetapkan azam baru.Cuba perhatikan azam baru tahun lepas,adakah tercapai atau sebaliknya.Adakah azam kita lahir dari hati atau sekadar terikut-ikut orang.Orang nak berazam kita pun nak berazam,hehehe.Kepada yang tercapai azam tahun lepas,diucapkan tahniah,kepada yang tidak tercapai lagi,mungkin azam tidak realistik sila ubah strategi dan kaji kemampuan kita.Doa, Usaha,Istiqamah dan Tawakal, Insya-Allah kita akan beroleh kejayaan.Selamat Tahun Baru.


Fikit Positif, Kawal Emosi