Kawan-Kawan

Dec 22, 2011

Senyumlah Sikit

Kat siapa yang hendak disenyum tu?Saya pasti ramai yang suka shopping,dah ambil barang kita terus ke kaunter  pembayaran,so cuba perhatikan cashier yang bertugas.Adakah senyum menerima pelanggan, atau muka kelat je?Sebagai orang yang hampir dengan pelanggan, cashier mestilah senyum, barulah wujud aura mesra dengan pelanggan,pelanggan pun happy bila hendak membayar.Apa yang saya perhatikan disesetengah shopping kompleks atau pasaraya,cashier bermuka kelat dan tak mesra langsung,scan barang pun duduk je,langsung tak hormat pelanggan.Saya juga pernah menjadi cashier,ikut pengalaman,scan barang hendaklah berdiri, ini menunjukkan kita hormat pelanggan,pelanggan juga akan hormat kat kita,pelanggan pun suka(suka ngan cara kita kerja ok,hehehe).Kalau tak suka jadi cashier, minta tukar bahagian lain, habis cerita.So, senyumlah sikit.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Dec 13, 2011

Situasi Tak Terjangka, Apa kita Rasa?

Semalam kereta kena saman dengan polis pasal parking,time on the way bau hangit kat enjin,air kering so cepat2 stop kat tepi, confrm ada duit terbang pas ni,hehehe...Apa kita rasa dengan situasi macam ni?Marah,Sakit Hati, Tertekan?.Alhamdulillah,melalui pembacaan dan mampu mengawal diri, saya bersyukur kerana semalam tak jalan jauh,tambah lagi dah nak sampai rumah dan satu lagi kita mesti ingat polis tu jalankan tanggungjawabnya.Terima kasih ada sorang kakak nurse dan dua orang bro yang bagi pertolongan kecil serta anak buah dan sepupu yang datang bawakan air.

Positifkan Minda, Kawal Emosi.

Dec 12, 2011

Tolonglah Respek

Apa yang nak direspek tu?Macam ni ceritanya,sekarang ni musim cuti sekolah, so ramailah yang sambut menantu,terima ipar,orang kampung sibuk gotong royong,orang dikawasan perumahan pun sibuk tolong apa yang patut.Apa yang saya nak sentuhkan di sini bukan pasal sambut menantu tapi nak tegur sikit pasal segelintir tetamu, diulangi segelintir ye tetamu yang tak tau nak respek orang.Jika time orang tak ramai lagi bolehlah duduk lagi kat khemah,ni dahlah habis makan, siap berborak lagi padahal orang dah ramai cari tempat duduk,boleh pulak dia buat derk je.Nak berborak carilah tempat lain kan.Pengalaman saya sendiri pergi kenduri kahwin tengok kerusi takde,ingatkan kerusi memang tak cukup,rupa-rupanya orang ambil buat duduk kat tempat lain,puaslah tunggu cari kerusi kosong,ade sorang tu pulak dia dah nampak orang tercari-cari kerusi boleh dia pandang je,ada seorang mak cik siap buat letak kaki lagi,alahai....Macam dia sorang je yang salam cangkuk,hehehhe..Ingat, kalau kita respek orang,orang akan respek kita.Kita datang ke majlis kahwin untuk meraikan pengantin dan memenuhi jemputan,bukan buat orang marah dengan kita.

Dec 9, 2011

Bangun pagi rase takde mood?

Haa, saya yakin ada di kalangan kita rasa takde mood je kan bile bangun pagi? Sini ada tips macam mana terus bersemangat bangun pagi.Time bangun je,sebut Alhamdulillah,tanda kesyukuran kita masih bernafas, duduk kejap,kemudian cakap "Aku hebat hari ni"sebanyak mana yang boleh,nescaya kuasa energy dalam tubuh kita akan meningkat dan buat kita berasa semangat.Insya-Allah,hari-hari mendatang kita lebih bersemangat.

Kenapa Nak Lari Atau Elak?

Apa yang difikirkan dengan tajuk di atas?
Sebenarnya tak lah ape sgt pun tapi ia ada kaitan dengan hidup kita
Mesti kita pernah di tahan oleh mana-mana jurujual atau agen untuk promosi barang jualan mereka di shopping kompleks atau di mana tempat yang sesuai untuk dibuka booth.Kita pasti mengelak atau lari apabila mereka memberi pamplet atau flyers.Ikutkan takde ape yang perlu kita takutkan,orang dah beri flyers tu, ambil je,keputusan membeli di tangan kita.Macam Takaful, maybe kita tak perlukannya sekarang,tapi masa akan datang.kita tak tau.Jika agen edar flyers,ambil je,dengar apa yang diterangkan jika kita ada masa ketika itu,bukannya dia suruh ambil time tu juga kan.Keputusan tetap di tangan kita.Namun,kita pasti terfikir akan kebaikan produk Takaful itu kemudian.So,jangan lari atau elak ok?

Dec 7, 2011

SMART MEDIC 100 MAA TAKAFUL

MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG

Rawatan di hospital swasta mahal?Tiada tunai yang banyak?Hendak dapatkan rawatan yang selesa tetapi tidak mampu?Betul, rawatan di hospital swasta memang memerlukan kos yang tinggi tetapi ada caranya untuk mendapatkan rawatan tanpa mengeluarkan tunai yang banyak


SMART MEDIC 100 TAKAFUL ada penyelesaiannya.

Kad Perubatan SMART MEDIC 100 MAA TAKAFUL membantu kemasukan anda ke hospital swasta yang terpilih.Mana satu pilihan anda?Hendak bayar kos perubatan yang tinggi atau mengasingkan beberapa puluh ringgit sebulan untuk mendapatkan rawatan yang selesa?Dengan yuran bulanan yang rendah serta mampu milik,kad perubatan ini pasti membantu anda di kala tidak dirancang.


Untuk keteangan lanjut, sila hubungi

013-2490015
Muhamad Farieq

Dec 4, 2011

Bermula Semula

Assalamualaikum,

Dah lebih dari setahun rasanya tak update blog ni.Mulai kali ni, posting blog ni selain dari Takaful,ia juga akan menyentuh mengenai motivasi dan apa jua kaitan dengan kehidupan kita.Saya juga menerima komen membina untuk sama-sama kita kongsikan.