Kawan-Kawan

Jan 31, 2012

Rasa takde mood nak pegi keje?

Dah sebulan kita berada di tahun baru 2012.Cepat betul masa berlalu.Entry kali ini saya sentuh mengenai rasa takde mood nak pegi keje.Apa perlu buat?Bila time nak tido malam,kita katakan "tak sabar nak pergi keje esok" dan bila dah bangun pagi tu,seperti entry saya sebelum ni,sebut "aku hebat hari ni".Setkan dalam minda bahawa kita ada amanah yang perlu ditunaikan,kita ada kerja yang mesti dilakukan.Bagi ketua keluarga,kita mencari rezeki untuk keluarga,so kita mesti bekerja.Orang yang bekerja sendiri pun begitu jugak.Nantikan entry saya akan datang.

Fikir Positif, Kawal Minda

Jan 17, 2012

Apa matlamat kita?

Kita semua tahu hidup ni mesti ada matlamat.Ada matlmat jangka panjang ada matlamat jangka pendek.Apa matlamat yang hendak dicapai.Untuk mencapai matlamat tetapkan secara spesifik macam 5 tahun,10 tahun atau 20 tahun.Letak sekali tarikh deadline.Bila dah ada deadline mudah bagi kita susun strategi untuk mencapainya.Tak guna ada matlamat tapi takde tindakan.So,bertindaklah.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 6, 2012

Apakah Kekuatan Kita?

Entry kali ni mengenai apa kekuatan kita.Bagi yang bekerja sebagai Agen Pemasaran(Takaful, Saham Amanah, MLM atau berkaitan)apa kekuatan kita?Saya yakin setiap dari  agen ada kekuatan tersendiri.Berani, Yakin, Berfikir Positif dalam menjalankan menjalankan tanggungjawab.Penyanyi, mempunyai bakat dalam seni suara dan berkeyakinan menghadapi oraang ramai.Setiap dari kita mempunyai kekuatan tersendiri.Kajilah semula apa kekuatan kita. Tetapi jangan lupa,berserahlah pada Allah swt selepas kita berusaha.


Fikir Positif, Kawal Minda

Jan 2, 2012

Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru

Alhamdulillah, kita melangkah lagi ke tahun baru,bermakna umur kita pun meningkat lagi.Tahun  baru seperti yang kita maklum kita akan menetapkan azam baru.Cuba perhatikan azam baru tahun lepas,adakah tercapai atau sebaliknya.Adakah azam kita lahir dari hati atau sekadar terikut-ikut orang.Orang nak berazam kita pun nak berazam,hehehe.Kepada yang tercapai azam tahun lepas,diucapkan tahniah,kepada yang tidak tercapai lagi,mungkin azam tidak realistik sila ubah strategi dan kaji kemampuan kita.Doa, Usaha,Istiqamah dan Tawakal, Insya-Allah kita akan beroleh kejayaan.Selamat Tahun Baru.


Fikit Positif, Kawal Emosi