Kawan-Kawan

Sep 3, 2012

Lepas 3 Kali,Adakah Hendak Berhenti atau Teruskan?

Assalamualaikum,


Mesti ada yang tertanya apa maksud di atas.Sebenarnya,ia berkaitan dengan motivasi untuk berjaya.Lepas solat Subuh pagi tadi,saya tengok tv,kebetulan ada rancangan talk show penyanyi terkenal negara,siapa lagi Datuk Siti Nurhaliza.Tetamu jemputan adalah penerbit filem yang paling aktif menerbitkan filem tempatan,yang juga pemilik Metrowealth Movies Production, David Teo.Beliau berkongsi pengalamannya sebelum berjaya sebagai penerbit filem.Beliau menceritakan bahawa telah 3 kali gagal dalam penerbitan filem ketika pembabitan awalnya dulu,namun beliau berkata pada dirinya sendiri,samada mahu berhenti atau teruskan.Keputusan diambil di mana beliau tetap teruskan perjalanannya dan hasilnya seperti yang kita lihat sekarang.Beliau juga berkata jika beliau berhenti selepas 3 kali percubaan,beliau tidak akan berada di tahap sekarang.Pengajaran yang dapat di ambil dari pengalaman David Teo ialah cuba dan terus mencuba sehingga apa yang diimpikan tercapai.Jangan berputus asa.Genggam bara api sehingga sampai jadi arang.



Fikir Positif, Kawal Emosi.