Kawan-Kawan

Nov 27, 2012

Ikon Usahawan(Al-Ikhsan)




Al-Ikhsan, kepada peminat barangan sukan pasti kenal dengan jenama ini.Jenama yang dahulunya  baru bertapak, tetapi kini menjadi satu jenama yang semakin dikenali.Pengasasnya Ali Hassan bin Mohd Hassan membina tapak yang penuh berliku.Beliau yang meminati bisnes sejak kecil mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.Walaupun banyak cerita mengenai beliau dipaparkan dalam blog motivasi,namun saya kagum dengan kejayaannya mempopularkan jenama Al-Ikhsan.Prinsip yang diamalkan untuk berjaya ialah jangan meninggalkan solat lima waktu,jaga ibu bapa sebaik mungkin,tunaikan zakat dan bersedekah serta bantu kepada mereka yang susah.Semoga kejayaan  pengasas Al-Ikhsan ini menjadi inspirasi anak muda untuk berjaya.Insya-Allah posting akan datang saya akan memaparkan ikon usahawan yang lain pula.



Fikir Positif, Kawal Emosi

Nov 26, 2012

Buat Kerja Lebih Dari Sepatutnya

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca sekalian,semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria serta sentiasa bersemangat.Amboi,saya bertanya khabar pulak,hehehe...ok berbalik pada tajuk posting.Kepada yang bekerja makan gaji,jangan berkira jika membuat kerja lebih dari sepatutnya.Jangan ada rasa dengki jika ada rakan sekerja yang buat kerja kurang dari kita.Bila kita buat kerja lebih dari sepatutnya,bermakna kita komited dengan kerja.Kita juga dapat dapat fokus pada kerja lain pula jika kerja sedia ada sudah siap.


Fikir Positif, Kawal Emosi


Nov 21, 2012

Gagal Hari Ini Tak Semesti Gagal Akan Datang

Assalamualaikum,



Baru-baru ini diumumkan keputusan UPSR 2012,kepada yang mencapai keputusan cemerlang,tahniah diucapkan,kepada yang kurang memuaskan,boleh cuba untuk PMR,begitu juga sesiapa yang ambil PMR yang akan diumumkan nanti.Kepada yang tidak mencapai target yang ditetapkan,perjalanan masih panjang.Tukar strategi dan usaha lebih,jangan menyerah kalah.Tak semestinya kita gagal hari ni,akan datang kita akan gagal juga..Ingat kata-kata seorang pakar motivasi, kita bukan gagal,cuma kejayaan belum tiba.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Nov 20, 2012

Melabur Pada Ilmu

Assalamualaikum,


Saya ada baca buku motivasi dari penulisnya yang menjadi jutawan dalam internet,siapa lagi kalau bukan Dr Irfan Khairi,beliau pernah ditanya,jika ada banyak duit,hendak melabur di mana,jawapan beliau melaburlah pada ilmu.Ya,saya setuju dengan jawapan beliau.Hadirlah  kursus keusahawanan,pelajari ilmu agama dan beli buku-buku yang boleh memberi motivasi.Duit bila dibelanja akan habis,tetapi ilmu bila kita belajar,ia akan bertambah.Duit akan datang kemudian jika kita rajin menuntut ilmu.


Fikir positif, Kawal Emosi.

Nov 18, 2012

Setiap Manusia Ada Kelebihannya

Assalamualaikum,


Posting kali ini saya sentuh mengenai kelebihan manusia.Kita semua dikurniakan akal fikiran yang sempurna.Saya kagum dengan seorang blogger motivasi yang saya jumpa secara blog walking.Beliau merupakan seorang oku tetapi menjadi penceramah motivasi untuk sekolah-sekolah,malah mempunyai perniagaannya sendiri.Beliau tidak menjadi kan kekurangan yang ada malah sentiasa bersemangat menjalani kehidupan seharian,tambahan beliau telah lepas melawat negara orang.Beliau menggunakan kelebihan yang ada untuk berjaya.Jika insan seperti beliau boleh,takkan kita tak boleh.Blog beliau boleh dilawati www.mohdsukuribrahim.blogspot.com.Kepada pembaca blog saya,jika berkesempatan jenguk-jenguklah blog beliau.


Fikir positif, Kawal Emosi.

Nov 16, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum,


Salam Maal Hijrah(lewat sehari untuk update blog), saya ucapkan kepada pembaca blog ini(sekali lagi ada pembaca ke,hehehe).Terus jadi luar biasa untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.Teruskan membaca blog ini.



Fikir positif,kawal emosi.



Nov 8, 2012

Kena Ada Tindakan

Assalamualaikum,

Posting kali ini menyentuh berkenaan tindakan.Saya pasti mesti pembaca blog ini (memang ada pembaca ke,heheh) bersetuju walaupun banyak seminar motivasi,walau beratus buku motivasi di baca untuk mengubah kehidupan dari biasa ke luar biasa jika tiada satu pun tindakan,maka hasilnya tiada.Fikir-fikirkan.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Nov 4, 2012

Cari Alternatif

Assalamualaikum,

Kita mesti ada terbaca di akhbar atau berlaku pada diri kita sendiri di mana duit gaji yang ada tidak cukup untuk perbelanjaan harian.Dapat gaji sahaja perkara utama yang menati adalah sewa rumah atau bayaran bulanan rumah,bil-bil semasa(air,elektrik,internet, telefon)bayaran bulanan kereta,dan keperluan harian.Belum masuk lagi upah mengasuh anak atau nursery.(Betulkan ejaan jika saya salah).Terasa sakit hendak menanti gaji yang akan datang.Kita mungkin terpaksa menangguhkan kehendak kita.Cuba kita berfikir sejenak bahawa ada jalan penyelesaiannya jika kita bijak mencari peluang dalam menambahkan pendapatan.Bacalah buku perancangan kewangan,buat bisnes kecil-kecilan dan lebih mudah dengan teknologi terkini,bisnes melalui internet.Belajar dan pratikkan apa yang diajar.Insya-Allah,rezeki ada jika kita rajin berusaha.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Nov 2, 2012

Buku Motivasi


Assalamualaikum,


Posting kali ni saya sentuh mengenai buku motivasi.Buku motivasi berkisar motivasi pembangunan diri,motivasi keluarga,motivasi kewangan dan banyak lagi.Peruntuklah sedikit wang(jika berkemampuan)untuk membeli buku motivasi bagi meningkatkan motivasi hidup kita atau kunjungi perpustakaan awam,di sana banyak buku motivasi untuk dipilih.

Fikir Positif, Kawal Emosi.