Kawan-Kawan

Nov 4, 2012

Cari Alternatif

Assalamualaikum,

Kita mesti ada terbaca di akhbar atau berlaku pada diri kita sendiri di mana duit gaji yang ada tidak cukup untuk perbelanjaan harian.Dapat gaji sahaja perkara utama yang menati adalah sewa rumah atau bayaran bulanan rumah,bil-bil semasa(air,elektrik,internet, telefon)bayaran bulanan kereta,dan keperluan harian.Belum masuk lagi upah mengasuh anak atau nursery.(Betulkan ejaan jika saya salah).Terasa sakit hendak menanti gaji yang akan datang.Kita mungkin terpaksa menangguhkan kehendak kita.Cuba kita berfikir sejenak bahawa ada jalan penyelesaiannya jika kita bijak mencari peluang dalam menambahkan pendapatan.Bacalah buku perancangan kewangan,buat bisnes kecil-kecilan dan lebih mudah dengan teknologi terkini,bisnes melalui internet.Belajar dan pratikkan apa yang diajar.Insya-Allah,rezeki ada jika kita rajin berusaha.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

No comments:

Post a Comment