Kawan-Kawan

Aug 1, 2010

Smart Medic 100 Membantu Menyelesaikan Bil Hospital

Alhamdulillah..seorang client saye telah selamat mendapat rawatan di Senawang Specialist Hospital ( Salam) kerana denggi.Beliau tidak perlu membayar bil hospital menggunakan duit sendiri kerana menggunakan Smart Medic 100 (MAA Takaful) tanpa sebarang masalah.Saya bersyukur dan berbesar hati dapat membantu client saya ini.Kepuasan bagi saya selaku Perunding Takaful.Namun, tugas saya bukan setakat itu sahaja,kerana tugas selaku Perunding Takaful akan berterusan selagi kita berkhidmat dalam industri ini.Saya yakin perunding yang lain sependapat dengan saya.Di luar sana mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak faham kegunaan kad perubatan ini.Mungkin juga ada yang berpendapat tidak perlu ada kad ini kerana tidak nampak faedahnya. Menjadi tugas kita selaku Perunding Takaful mencari dan menerangkan selengkap mungkin kepada prospek mengenai pengetahuan yang kita ada ini.Tugas anda adalah mulia,membantu merancang sesuatu yang tidak dirancang.Juallah sebanyak mungkin kad perubatan ini.Selagi bernafas, selagi nadi ini berdenyut teruskan berjuang.Jangan mengalah kerana anda bukan kalah tetapi kejayaan belum tiba.


Wassalam.


Muhamad Farieq
Perunding MAA Takaful
(013-2490015)