Kawan-Kawan

Jan 26, 2013

Belajar Dari Kesilapan

Assalamualaikum,


Sering kita melihat kejayaan orang lain dan menganggap mereka senang mendapat apa diimpikan.Sebenarnya jika di kaji dan diteliti sejarah kejayaan mereka,banyak pengorbanan yang dibuat dan keringat yang tumpah.Mereka tidak ulangi kesilapan dan belajar dari kesilapan.Mengharapkan hasil yang berbeza dengan tindakan yang sama adalah usaha yang sia-sia.Ubahlah strategi.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 22, 2013

Tengok Semula Pencapaian Kita

Assalamualaikum,

Diam tak diam,dah dekat sebulan kita di tahun 2013.Cuba tengok semula pencapaian kita,mungkin terlalu awal untuk diperkatakan,tapi ia boleh jadi dijadikan penanda aras dalam mencapai impian yang kita azamkan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 16, 2013

Demi Sesuap Nasi

Assalamualaikum,

Di surat khabar Harian Metro pada Jumaat lepas, ada ruangan memaparkan pekerja yang tinggal di Melaka tetapi bekerja di Kuala Lumpur.Mereka hari- hari berulang menaiki bas jam 5 pagi dan sampai di rumah dalam 8 ke 9 malam.Saya ingatkan hanya pekerja dari Seremban yang berulang ke Kuala Lumpur seperti pengalaman saya sebelum ini,rupanya ada yang lagi jauh.Mereka sanggup berkorban masa dan tenaga demi mencari rezeki.Hari-hari berulang membuatkan mereka Alah Bisa Tegal Biasa(betulkan saya kalau saya salah peribahasa ini).Lihatlah,demi sesuap nasi,kepayahan di harungi tabah.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 11, 2013

Menangani Karenah Anak

Assalamualaikum,

Posting kali ini mengenai menangani karenah anak.Kepada pembaca yang bergelar ibu bapa pasti berdepan dengan pelbagai karenah.Mungkin kita berasa sakit hati dan marah dengan karenah mereka.Sebelum itu, diingatkan tip ini adalah pendapat peribadi saya. Tip yang mudah untuk bersifat tenang menangani karenah anak ialah istighfar dalam hati, senyum,dan berkatalah dalam hati"sebut nama anak,kamu anak yang baik,sifat kamu bukan macam ini sebenarnya,ayah/mama sayang kamu".Insya-Allah kita berasa tenang.Ciumlah anak ketika dia tidur.Sentuhan kasih sayang akan meresap dalam jiwa anak-anak.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Jan 8, 2013

Teruskan Usaha

Assalamualaikum,


Sudah seminggu  bulan Januari 2013 berlalu,teruskan usaha,jangan bertanggguh mencapai kejayaan.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Jan 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum,


Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog ini.

Fikir Positif, Kawal Emosi.