Kawan-Kawan

Oct 28, 2013

Bagaimana Pencapaian Sepanjang Tahun

Assalamualaikum,


Apa khabar pembaca Catatan Al-Irfan.Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.Cuti sekolah pun nak dekat bulan depan.Sudah ada perancangan untuk bawa anak-anak makan angin?.Bagi yang akan menerima menantu(atau lebih mudah nak buat kenduri kahwin)semoga semuanya berjalan lancar.Bulan Oktober dah nak sampai ke penghujungnya, bagaimana dengan pencapaian anda.Bermakna lagi 2 bulan tirai 2013 akan dilabuhkan.Teruskan capai impian apa yang dirancangkan,teruskan berlari sampai ke garisan penamat.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Oct 18, 2013

Seminar Tuisyen

Assalamualaikum,


Salam Jumaat.


Berita baik kepada anda yang ingin mencari kerja sambilan atau pendapatan sampingan.

Master Yus atau Yusnizam Yusoff akan mengadakan seminar untuk anda yang ingin menjadi guru tuisyen atau menambah ilmu mengajar tuisyen.

Beliau juga merupakan penulis bersama buku bertajuk Rahsia Usahawan Tuisyen dan penulis buku Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya.

Dalam seminar ini, beliau akan menerangkan teknik pemasaran yang betul serta teknik mengajar yang menarik.

Untuk keterangan lanjut.jangan segan2 layari >>>>>>>http://bit.ly/klikseminartuisyen





Fikir Positif, Kawal Emosi

Oct 16, 2013

Menjana Pendapatan Dari Internet

Assalamualaikum,


Pembaca sekalian, jom kita kongsikan pengalaman  menjana pendapatan dari internet,samada produk fizikal, digital,affiliate, ebay atau apa saja.Boleh kita kongsi ilmu dan maklumat.Saya sekarang ni sedang belajar sikit2 berkenaan affiliate, dimana ia menjana pendapatan tanpa produk dan modal dengan mempromosikan produk lain.Jom kita kongsikan.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Oct 3, 2013

Tulis Blog

Assalamualaikum,


Diam tak diam dah masuk bulan Oktober.Kepada adik-adik yang mengambil peperiksaan PMR 2013, diucapkan selamat maju jaya.Begitu juga yang ambil SPM yang akan datang.Posting pada kali ni ialah mengenai tulis blog.Senang ke tulis blog ni?Ada yang bertanya just tulis apa yang terlintas di fikiran.Memanglah kalau diikutkan senang tulis blog ni, tetapi kita kena mencari idea untuk menulis.Ayat kena betul,lagi best tulis ayat yang pembaca seronok baca.Saya pun masih belajar lagi mengenai penulisan blog ni, mungkin ada pembaca yang bosan dengan gaya penulisan saya.Insya-Allah saya akan perbaiki lagi mutu penulisan saya.


Fikir Positif, Kawal Emosi