Kawan-Kawan

Dec 31, 2012

2012 Ditinggalkan 2013 Akan Menjelma

Assalamualaikum,


Insya-Allah esok tahun baru 2013 akan menjelma.Mana yang berlalu biarkan berlalu,buka buku baru .Yakin diri dan yakin untuk mencapai azam yang ditetapkan.Usah bertangguh dalam mencari kejayaan,jangan ambil peduli kata-kata negatif,orang mentertawakan usaha anda sebenarnya mentertawakan dirinya sendiri.Selamat Tahun Baru.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 28, 2012

Adab Ketika Di Pejabat

Assalamualaikum,


Posting kali ini mengenai etika di pejabat.Sebagai contoh,ketika rakan sepejabat bercakap di telefon,rakan-rakan yang lain hendaklah berdiam sebentar atau elakkan bercakap terlalu kuat ataupun ketawa kuat-kuat,ini boleh menganggu percakapan orang yang sedang bercakap di telefon.Jika orang di pihak luar mendengar situasi berlaku di pejabat,mungkin akan mengundang presepsi yang negatif.Oleh yang demikian,hormati rakan anda dan rakan akan hormati anda.


Fikir Positif, Kawal Emosi

Dec 25, 2012

Saya Boleh, Saya Hebat, Saya Cemerlang

Assalamualaikum,


Saya teringat masa ada kursus  motivasi di sekolah menengah saya dahulu,teringat penceramah itu menyebut ayat ini untuk memotivasikan pelajar,ayat itu adalah " Saya Boleh, Saya Hebat, Saya Cemerlang".Kepada pelajar yang membaca blog saya ini,ingat ayat-ayat ini ye.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 24, 2012

Azam 2013

Assalamualaikum,


Diam tak diam  tinggal beberapa hari lagi tirai 2012 akan dilabuhkan,dan landskap 2013 akan mengambil alih (amboi,ayat,heheh).Cuba kita renung sejenak adakah azam yang telah dibuat untuk tahun 2012 telah tercapai?Kepada yang telah tercapai tahniah diucapkan,kepada yang tidak tercapai mungkin kena tukar semula strategi.Azam ini kita bawa ke tahun hadapan mengikut strategi yang betul dan Insya-Allah ia akan tercapai.Berusaha,Berdoa, Bertawakal.

Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 18, 2012

Anggap Sebagai Nasihat

Assalamualaikum,


Kita pasti pernah kena marah dan teguran dari ketua jika melakukan kesalahan dalam kerja.Anggap saja apa  yang dikata itu sebagai nasihat,tanamkan dalam hati akan meningkatkan prestai kerja.

Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 17, 2012

Abaikan Kata-Kata Negatif

Assalamualaikum,


Apabila kita mendapat sesuatu yang lebih dari orang lain,akan ada yang memberi kata-kata negatif untuk melemahkan semangat kita,belum apa-apa lagi sudah cakap benda yang susah hendak dilakukan,kita yang berfikiran hebat,abaikan kata-kata itu,orang yang negatif takat tu saja pencapaiannya jika tak mahu berubah.Kita majulah ke hadapan.Orang boleh bercakap apa saja.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 12, 2012

Jihad Bisnes Takaful

Assalamualaikum,


Hari ini saya hendak berkongsi mengenai buku yang saya baca.Kepada agen takaful dalam MAA Takaful pasti kenal dengan penulis buku ini.Beliau yang telah melahirkan buku terbaru bertajuk Jihad Bisnes Takaful,yang merupakan buku kedua tulisan beliau selepas buku Jutawan Alaf Baru.Beliau dikenali Cikgu Raman Md Yasin berkongsi pengalamannya dalam industri Takaful,disamping menyentuh konsep berdakwah dalam berniaga.Pengisian buku ini tidak menyentuh dalam Takaful semata-mata tetapi merangkumi aspek kehidupan dan perniagaan lain.Disertakan juga kata-kata motivasi untuk berjaya.Kepada yang belum mendapatkan buku Jihad Bisnes Takaful ini,sila dapatkan segera.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 11, 2012

Rajin Datang Kerja,Rajin Buat Kerja


Assalamualaikum,


Posting kali ini saya sentuh tentang kerja.Peganglah kata-kata ini,rajin datang kerja,rajin buat kerja,semoga lebih produktif.

Fikir positif, kawal emosi.

Dec 6, 2012

Buktikan Mencapai Impian

Assalamualaikum,


Apa yang saya hendak disampaikan ada di kalangan kita yang menulis impian di atas kertas dan menyimpan di dalam wallet atau tampal di dinding.Kita je yang tau apa yang kita tulis,tetapi apabila ada orang yang telah membaca impian yang kita tulis,so apa lagi,buktikanlah apa yang kita impikan,hehehe.Semoga dipermudahkan kita mencapai impian dengan izin-Nya.



Fikir Positif, Kawal Emosi.

Dec 3, 2012

Motivasi Kewangan

Assalamualaikum,


Ada masa kita sering mengeluh jika gaji yang diperolehi cukup-cukup makan dan hanya cukup bayar hutang.Apa perancangan kita untuk meningkatkan pendapatan sedia ada.Saya ada terbaca satu blog(maaf,saya tidak ingat blog mana)mengatakan untuk meningkatkan motivasi mendapat lebihan kewangan,cuba perhatikan baki simpanan dalam bank,bila kita tengok baki yang tidak memuaskan,maka secara tak langsung akan meningkatkan motivasi kita untuk mencari pendapatan tambahan.Berfikir di luar kotak,selesaikan masalah,tujulah kepada kebebasan kewangan.


Fikir Positif, Kawal Emosi.



Lepaskan Tekanan

Assalamualaikum,


Hari ini hari ketiga bulan terakhir untuk tahun 2012 sebelum melangkah ke tahun baru 2013.Kepada yang bekerja hari ini terutamanya yang kerja makan gaji,lepaskanlah tekanan sebelum balik ke rumah.Bila keluar dari tempat kerja,tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan.Insya-Allah dada lapang fikiran tenang,bila balik rumah lagi bersemangat.Hal kerja habiskan di tempat kerja,hal rumah selesaikan di rumah.



Fikir Positif, Kawal Emosi