Kawan-Kawan

Apr 28, 2013

Hobi







Assalamualaikum,


Kepada pembaca blog yang mempunyai hobi, boleh share2 hobi kat blog ni.Saya sebelum ini ada hobi mengumpul barang-barang mainan, tak kisah mainan apa, asal teragak je saya beli, tapi biasa harga bawah RM10,hehe dan saya letakkan atas para(tau x apa itu para,hehe) untuk dibuat hiasan.Tetapi, memandangkan  anak saya dah makin membesar dan pandai minta itu ini, barang-barang mainan saya telah bungkuskan dalam beg plastik besar kerana anak saya akan minta diturunkan semua barang mainan tersebut, so lepas dia main siapa yang perlu kemas, saya jugak,heheh..Lepas tu, saya dan isteri just beli mainan untuk anak kami ini sambil tu dapat kumpul semula kalau dia tak nak main lagi,hehehTengok gambar kat atas tu, sejak dia tengok helikopter landing di padang sekolah,dia asyik minta dibelikan helikopter je,heheh Masuk yang tu dah berapa bijik dia ada.Apa motivasinya mengenai hobi ini, kita boleh jadikan hobi ini sebagai perniagaan kita. Mana tahu suatu hari nanti saya berniaga barang-barang mainan.Insya-Allah.


Fikir Positif, Kawal Emosi.





Apr 26, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum,


Apa  khabar pembaca sekalian?Kepada kaum Adam Selamat Menunaikan Solat Jumaat.Hari ini kepada yang dalam mood nak bercuti hujung minggu  dminta siapkan kerja anda dengan sebaiknya,hehehe.Mana yang bekerja lebih masa hari ini, selamat bekerja.Positiflah dalam bekerja lebih masa kerana kita mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga untuk keperluan hidup kita.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 23, 2013

Belajar Pelaburan Hartanah

Assalamualaikum,

Jika pembaca hendak belajar mengenai pelaburan hartanah sila layari blog abangensem.com. Bahasanya memang santai dan mudah difahami, adakalanya kelakar.Anda juga boleh layari blog seorang lagi otai dalam pelaburan hartanah iaitu pie2020.com.Sebelum ini, saya banyak membaca blog pie2020.com, entah macam mana saya terjumpa pula blog abangensem.com,terus saya jadikannya  blog wajib untuk saya ikuti selain pie2020.com.Selain menarik mengenai pelaburan hartanah, blog ini juga diselitkan motivasi kewangan dan motivasi untuk berjaya.Memang kedua-dua otai blogger hartanah ini telah berjaya dalam bidang yang diceburi.Mereka juga menjadi ikon anak-anak muda.

Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 22, 2013

Titik Fokus

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca sekalian.Posting kali ini adalah mengenai titik fokus.Secara mudahnya untuk mengetahui titik fokus ialah cuba kita bayangkan kita berjalan dalam gelap, di hadapan kita ada satu cahaya kecil.Kita akan terus berjalan ke arah cahaya itu untuk mendapatkan tempat yang terang.Kita tidak menoleh kiri kanan kerana kita tidak nampak apa-apa.Cuba kita pratikkan bahawa kita hendak memiliki sesuatu atau mencapai impian kita.Kita tulis atau lukiskan apa yang kita impikan,lepas tu kita letakkan di dinding atau dimana yang senang untuk kita melihatnya.Jika kita sentiasa fokus pada matlamat kita,insya-Allah akan tercapai.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 16, 2013

Tukar Link Blog

Assalamualaikum,


Kepada pembaca yang mempunyai blog, silalah tukar link blog anda dengan saya.Boleh juga kita bertukar2 pendapat dan blog juga boleh dibaca oleh pembaca lain.


Fikir Positif, Kawal Emosi.

Apr 12, 2013

Kad Perubatan Hospital Swasta

Assalamualaikum,


Posting sebelum ini saya tulis mengenai motivasi, kali ini saya tulis mengenai kad perubatan hospital swasta.Saya juga merupakan Perunding Takaful dari MAA Takaful.Untuk pengetahuan bagi yang kurang jelas  mengenai kad perubatan ini, kegunaannya adalah untuk admit  ke hospital swasta yang menjadi panel bagi MAA Takaful.Seperti yang diketahui kos rawatan di hospital swasta adalah mahal tetapi ada cara untuk mengatasi masalah itu.Anda beruntung jika syarikat tempat anda bekerja ada benefit kad perubatan untuk pekerja tetapi cuba fikir semula jika syarikat tiada menyediakan benefit seperti itu. Bagaimana bagi yang bekerja sendiri dan selepas bersara dari syarikat. Ada 46 jenis penyakit yang di cover untuk kegunaan kad perubatan ini.Contoh kad adalah seperti di bawah




Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kad perubatan ini dan inginkan quotation sila hubungi saya di 013- 2490015(Muhamad Farieq).Juga ada produk takaful yang lain untuk keperluan dan kesesuaian anda.


Fikir Positif, Kawal Emosi.



Apr 5, 2013

Berbuallah dengan Anak


Assalamualaikum,


Apa yang saya nak sampaikan ini, juga adalah nasihat untuk diri saya sendiri.Apabila memandikan anak atau memakaikan anak baju ketika berumur 2 ke 3 tahun yang telah mula bercakap,berbuallah dengan anak itu, tak kisahlah apa yang dibualkan, ia juga dapat membantu proses percakapan anak itu.Makin lama makin lancar.Dia akan cepat ikut apa yang kita cakap.Ada anak berjalan dulu baru mula bercakap, ada anak bercakap dulu baru mula berjalan.Ingatlah, ajar anak itu sebut perkataan yang elok, jangan diajar anak sebut perkataan yang tidak elok,.Ajar dia kenal alif, ba, ta dan abc.


Fikir Positif, Kawal Emosi