Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah 10 hari kita berpuasa.Pejam celik pejam celik je kan.Kepada anak-anak yang mula belajar berpuasa, alhamdulillah dan insya-Allah ia permulaan yang baik di mana ia proses pembelajaran dalam meningkat dewasa untuk melakukan amal ibadat.Posting kita pada hari ini ialah saya pernah terbaca kata-kata motivasi dari seorang tokoh perniagaan.Kata-kata tersebut ialah "Jika anda fikir boleh atau tak boleh, sebenarnya anda betul". Kata-kata ini membawa maksud kita saja yang tahu kekuatan dan kelemahan kita.Jika kita boleh buat sesuatu,kita buat, jika tak boleh,kita tak buat.Keluarkan kekuatan yang kita ada, jangan difikirkan kelemahan sahaja, kelak akan melunturkan semangat kita.
Fikir Positif, Kawal Emosi



No comments:
Post a Comment