Kawan-Kawan

May 12, 2013

Hari Ibu

Assalamualaikum,

Apa yang kita tau 12 Mei 2013 setiap tahun adalah Hari Ibu.Berbagai teori mengenai Hari Ibu ini.Apa yang saya nak sampaikan ini bukan mengenai sambutan 1 hari ini, tetapi bagi saya hari ibu adalah hari-hari,hari-harilah kita mengingati ibu kita,mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan.Bertanyakan khabar jika tinggal berasingan.Ibu bukannya mahu hadiah atau apa-apa, cukuplah kita pulang menjenguk dan mengingatinya.Saya pernah mendengar tazkirah di radio yang disampaikan oleh Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, jika ibu menelefon anak kerana rindu sangat pada anak, dan anak tidak tahu hendak bertanyakan khabar, dibimbangi anak itu jadi anak derhaka.Teringat saya satu kisah, seseorang pernah bertanya pada Rasulullah SAW,siapakah yang patut kita taat selepas Allah SWT, jawapan baginda adalah ibu,hingga 3 kali baginda mengulanginya.Nampak, cukup besar peranan ibu.Kepada ibuku, Raziyah Binti Haji Kamarudin,ibu mentua saya, Saripah Binti Sarip, dan ibu kepada anak saya, Siti Mariani Binti Abd Malek,
Selamat Hari Ibu.



Fikir Positif, Kawal Emosi

No comments:

Post a Comment